Perbandingan Aplikasi Mana Lagi Berbaloi Tebus Kredit eMADANI RM 100

Maklumat Asas

Kredit e-tunai RM100 eMADANI seperti diketahui umum boleh mula dituntut bermula pada 4 Disember 2023 sehingga 20 Februari 2024.

Terdapat empat aplikasi yang boleh digunakan oleh semua penerima dalam membuat tuntutan kredit eMADANI ini iaitu:
  • MAE (Maybank)
  • Setel
  • ShopeePay
  • TNG eWallet
Semestinya dan sudah pasti adanya perbezaan yang ditawarkan oleh setiap penyedia perkhidmatan ini dalam penggunaan kredit eMADANI di mana ianya bergantung dengan terma dan syarat yang ditetapkan.

Perkara ini secara langsungnya akan mengelirukan pengguna untuk memilih aplikasi yang terbaik dalam memanfaatkan bantuan kredit tersebut.

Justeru, berikut adalah perbandingan bagi setiap aplikasi yang ada menawarkan penggunaan kredit eMADANI RM 100.

TNG eWallet

Sekiranya anda membuat tuntutan kredit RM100 melalui aplikasi TNG eWallet, baucar tambahan bernilai lebih daripada RM500 ditawarkan seperti yang boleh dilihat dalam gambar di bawah:

Tambahan pula, 1000 mata ganjaran untuk GOrewards juga ditawarkan oleh aplikasi ini apabila penuntutan yang dibuat berjaya diluluskan.

MAE (Maybank)

Kempen Belanja & Menang adalah program yang ditawarkan oleh pihak Maybank sekiranya pengguna membuat tuntutan melalui aplikasi MAE.

10 kali penyertaan dalam kempen tersebut akan diberikan di mana ianya diadakan pada 4 Disember 2023 sehinggalah 29 Februari 2024.

Walhal, 2 kali penyertaan juga akan diperoleh setiap pengguna apabila membuat transaksi bayaran menggunakan eMADANI melalui Scan & Pay dengan perbelanjaan minimum RM10.
SETEL

Setel menyediakan: 
  • Ganjaran tamabahan secara pulangan tunai sehingga RM80
  • Mata ganjaran Mesra untuk transaksi yang tertentu 
  • e-baucar daripada pelbagai jenama.
Jenama-jenama yang terpilih dalam tawaran e-baucar tertakluk kepada perbelanjaan minimum RM5 dengan jumlah bilangan yang terhad iaitu melalui akses Ganjaran dalam aplikasi tersebut.

ShopeePay

ShopeePay menawarkan baucar tambahan sebanyak RM600.

Baucar tersebut adalah:
  • Baucar Shopee bernilai RM365 untuk baucar ShopeeLive
  • Penghantaran Percuma
  • Pulangan Coin
  • Shopee Mall
  • Preferred Seller
  • Baucar ShopeeFood bernilai RM155
  • Baucar SpayLater RM50
  • Baucar Insuran Kereta sehingga RM30
Dengan ini dapat dilihat secara keseluruhannya setiap aplikasi memberikan tawaran ganjaran mengikut ketetapan masing-masing. 

Keputusan untuk membuat tuntutan RM100 melalui kredit eMADANI adalah bergantung oleh setiap pengguna setelah membuat penelitian terhadap setiap ganjaran yang ditawarkan oleh setiap aplikasi.