Jom Utarakan Cadangan Anda Untuk Belanjawan Negara Tahun 2024!

Tahukah anda pihak kerajaan telah menyediakan satu platform khas untuk semua rakyat di negara ini menyampaikan idea ataupun cadangan dalam pengurusan dan pelaksanaan Belanjawan 2024.


Melalui kementerian yang ditugaskan dalam pentadbiran kewangan negara iaitu Kementerian Kewangan, setiap pandangan yang diutarakan oleh semua rakyat dari pelbagai latar belakang akan diterima secara terus atas inisiatif penghasilan platform laman web khas yang telah ditubuhkan.


Berikut adalah cara-cara untuk anda menyampaikan cadangan atau pandangan kepada pihak kerajaan berkenaan dengan Belanjawan 2024.


Layari Laman Web khas yang telah ditubuhkan:

Anda perlulah mengakses platform laman web khas yang telah ditubuhkan untuk menyampaikan cadangan yang ingin diutarakan.


Seterusnya, klik di butang Selanjutnya untuk masuk ke paparan cadangan belanjawan. Pastikan anda memasuki paparan seperti yang tertera dalam gambar di bawah iaitu Halaman 1:

Anda akan dikehendaki untuk mengisi maklumat diri yang diperlukan. Selepas itu, klik butang Seterusnya untuk masuk ke Halaman 2 seperti yang ditunjukkan dalam gambar di bawah.
Halaman 2 anda dikehendaki untuk memilih tumpuan utama yang perlu difokuskan oleh pihak kerajaan dalam pelaksanaan Belanjawan 2024.
Selesai membuat pilihan, klik butang Seterusnya untuk terus ke Halaman 3 seperti yang ditunjukkan dalam gambar di bawah.
Halaman 3 memberikan anda ruang untuk memberikan cadangan yang ingin disampaikan iaitu apa-apa pandangan yang bagi anda perlu diketahui oleh pihak kerajaan dalam Belanjawan 2024.
Ruangan untuk membuka ataupun memuat naik dokumen yang anda ingin kongsikan kepada pihak kerajaan juga turut disediakan.
Seterusnya, apabila anda selesai memberikan cadangan dan memuat naik dokumen yang diperlukan, klik pada butang Hantar untuk menghantar cadangan anda.
Semoga segala cadangan yang anda utarakan diterima baik oleh pihak kerajaan.