Bantuan Pemilikan Rumah Sendiri - SPNB Rumah Mesra Rakyat (RMR)

Maklumat Asas

Pihak kerajaan dengan berlandaskan perancangan Belanjawan 2023 telah memperkenalkan program Rumah Mesra Rakyat (RMR) di bawah kendalian Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB).

Tujuan utama program ini adalah membantu rakyat yang mempunyai pendapatan isi rumah sehingga RM5000 di mana golongan tersebut:
  • Tidak mempunyai rumah
  • Tinggal di rumah yang usang tetapi mempunyai tanah untuk membina rumah sendiri yang lebih baik dan sempurna
Kelayakan Permohonan
  • Warganegara Malaysia
  • Pemohon berumur 18 sehingga 65 tahun
  • Pendapatan bulanan seisi rumah tidak melebihi RM5000
  • Keluasan tanah tidak kurang daripada ukuran yang ditetapkan iaitu 3000 kilometer per segi (kps)
  • Pemohon beserta pasangannya tidak memiliki rumah sendiri / memiliki rumah usang yang tidak sempurna
  • Tanah / tapak yang dicadangkan haruslah bersesuaian dan bebas daripada gadaian / bebanan / sekatan. Sekiranya tanah / tapak cadangan bukanlah hak milik pemohon, kebenaran daripada pihak tuan tanah yang asal perlulah didapatkan
  • Kesemua permohonan adalah tertakluk kepada peruntukan kewangan

Dokumen yang Perlu Disediakan
  • Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan (jika berkenaan)
  • Salinan kad pengenalan tuan tanah
  • Salinan kad pengenalan pemohon kedua (jika berkenaan)
  • Salinan geran hak milik tanah terbaru dan sijil carian rasmi dari Pejabat Tanah yang terbaru
  • Slip gaji terkini (3 bulan) / surat akuan sumpah pendapatan / surat pengesahan pendapatan pemohon / pemohon kedua
  • Surat akuan sumpah / surat pengesahan tidak memiliki rumah atau memiliki rumah yang usang
  • Surat akuan kebenaran pelepasan tuan tanah
  • Salinan sijil nikah pemohon
  • Borang laporan tapak bergambar

Cara-cara Memohon

Pertama sekali, pemohon perlulah membuat pendaftaran baru di portal rasmi RMR yang telah disediakan oleh pihak SPNB melalui pautan di bawah:


Klik pada bahagian Pendaftaran Baru untuk memulakan permohonan. Isi maklumat yang diperlukan seperti gambar yang terdapat di bawah.
  • Isi maklumat pendaftaran dengan betul dan lengkap
  • Seterusnya pemohon akan menerima Login ID beserta kata laluan.
  • Selepas itu, log masuk ke portal rasmi RMR menggunakan login ID (e-mel) dan kata laluan yang telah diberikan
  • Setelah log masuk, pemohon akan diminta untuk melengkapkan permohonan dengan mengisi borang yang disediakan secara online
  • Setelah segala maklumat lengkap diisi secara online, klik selesai pendaftaran dan seterusnya borang permohonan tersebut perlulah dicetak

Hantar borang permohonan yang telah dicetak itu ke Pejabat Cawangan SPNB yang berdekatan.

Pihak SPNB akan memberikan maklum balas dalam tempoh 3 bulan dan kelulusan yang diberikan adalah tertakluk kepada peruntukan tahunan semasa

Sekiranya Permohonan Diluluskan Pemohon Perlulah:
  • Lengkapkan borang permohonan yang diterima
  • Sediakan tapak cadangan pembinaan rumah beserta jalan masuk
  • Sediakan sumber bekalan air dan elektrik
  • Melaksanakan penyambungan bekalan utiliti apabila rumah disiapkan
  • Membuka akaun bank bagi tujuan pembayaran balik secara bulanan
Pembayaran RMR secara online boleh dirujuk melalui pautan di bawah:

Cara-cara Pembayaran RMR - Klik Di Sini

Reka Bentuk RMR adalah seperti berikut: