Update Terbaru Whatsapp Yang Sangat Mudahkan Pengguna!

Aplikasi Whatsapp adalah satu platform yang kini digunakan oleh semua pengguna telefon pintar di seluruh dunia bagi tujuan perhubungan antara satu sama lain sama ada ianya dalam kalangan keluarga, rakan sekerja dan sebagainya.

Baru-baru ini, developer Whatsapp telah membuat pengemaskinian yang terbaru di mana ianya adalah amat memudahkan penggunanya. Semestinya, ramai pengguna mungkin terlepas pandang atau tidak menyedari apakah perubahan yang telah dikemaskini.
Untuk makluman semua, melalui update yang terbaru, aplikasi Whatsapp kini membolehkan semua penggunanya untuk menghantar mesej ke mana-mana nombor telefon yang belum di 'save' dalam telefon pintar.

Dalam erti kata yang lain, pengguna kini secara terus dapat:

"Menghantar mesej tanpa perlu menyimpan nombor telefon dalam senarai kenalan." 

Menurut kenyataan yang dikeluarkan, ciri terbaru ini tidak memerlukan sebarang aplikasi pihak ketiga pun kerana ianya sudah terpasang sepenuhnya dalam update yang baharu.

Berikut cara untuk semak sekiranya Whatsapp anda sudah mempunyai ciri tersebut:

Pengguna Android & iOS
  • Buka aplikasi Whatsapp
  • Klik pada ikon 'New Chat' seperti yang tertera dalam gambar di bawah
  • Di bahagian bar carian, Masukkan Nombor Telefon yang hendak dihantarkan mesej.
  • Seterusnya, anda akan dapat memulakan perbualan dengan klik pada Chat di sebelah nombor telefon tersebut seperti yang ditunjukkan dalam gambar di bawah.
Sekiranya aplikasi Whatsapp di telefon pintar anda tidak mempunyai ciri-ciri tersebut, pastikan anda telah mengemaskini / update Whatsapp anda di platform masing-masing.

Selamat mencuba.