Semak Tempat Mengundi Anda - MySPR

Maklumat Asas

Seperti yang diketahui, Pilihan Raya Negeri (PRN) akan dilaksanakan pada bulan Ogos tahun 2023. PRN ini akan melibatkan 6 negeri iaitu Selangor, Negeri Sembilan, Kedah, Kelantan, Terengganu dan Pulau Pinang.


Justeru, sebagai rakyat yang bertanggungjawab, pastikan nama anda sudah tersenarai sebagai pengundi di bawah Dun Undangan Negeri (DUN) masing-masing.


Bagi mereka yang sudah mendaftar bolehlah membuat semakan tempat mengundi mengikut cara yang berikut:


Cara-cara Membuat Semakan Tempat Mengundi:

Layari portal semakan melalui pautan yang disediakan di bawah:

Portal yang dilayari akan terpapar seperti gambar di bawah. 
Seterusnya, pilih Semakan Daftar Pemilih untuk membuat semakan tempat mengundi anda.
Seterusnya, masukkan maklumat yang dikehendaki seperti yang ditunjukkan dalam gambar di atas iaitu:
  • No. Kad Pengenalan
  • CAPTCHA yang dikehendaki

Akhirnya, tekan Butang Semak dan maklumat seperti yang berikut akan dipaparkan:
  • Tempat Mengundi
  • DUN
  • Saluran Pengundian
  • Tarikh & Masa yang digalakkan

Bagi pengguna telefon pintar, Download apps MySPR yang disediakan melalui pautan yang disediakan:
  • KLIK untuk muat turun di Google Play Store
  • KLIK untuk muat turun di Apple App Store
  • KLIK untuk muat turun di Huawei AppGallery

Selamat menunaikan tanggungjawab anda.