Semak Cepat! TNG eWallet ada tawarkan Tambah Nilai Percuma!
Makluman untuk semua pengguna TNG eWallet, syarikat TNG Digital Sdn Bhd melalui aplikasinya yang tersendiri ada menawarkan PIN tambah nilai percuma.
Maklumat yang dikongsi mengatakan bahawa tambah nilai tersebut adalah maksimum pada kadar RM 3 di mana ianya boleh didapati oleh semua pengguna aplikasi TNG eWallet.
Berikut adalah cara-cara menebus tambah nilai percuma:
Cara-cara Menebus Tambah Nilai Percuma
Dalam aplikasi TNG eWallet, akses bahagian My Rewards seperti yang ditunjukkan dalam gambar di bawah.
Selepas itu, akses pada bahagian Vouchers untuk mendapatkan tawaran Exclusive voucher just for you! seperti gambar yang tertera di bawah.
Untuk pengetahuan semua, tawaran ini hanya sah sehingga 16 Julai 2023. Setiap pengguna tidak semestinya akan memperoleh RM 3 kerana ianya bergantung dengan penggunaan aplikasi masing-masing di mana ada kemungkinan ada yang hanya akan mendapati sebanyak RM 0.50 sahaja.
Selamat menebus semula tambah nilai percuma anda!