Perbaharui & Refund Kad Touch n Go Anda yang Rosak dan Expired Secara Online!
Maklumat Asas
Penggunaan kad Touch N Go oleh semua pemilik di negara ini semestinya akan pernah mengalami masalah-masalah yang tertentu semasa menggunakan kad tersebut.
Untuk pengetahuan umum, kad Touch N Go akan luput setelah penggunaan selama 10 tahun daripada tarikh kad tersebut diaktifkan.
Selain itu juga, situasi di mana kad yang digunakan secara tiba-tiba hilang, rosak dan sebagainya turut menjadi masalah utama dalam penggunaan kad ini.
Jika anda menghadapi situasi-situasi seperti yang dinyatakan di atas, terdapat cara yang boleh dilakukan untuk membantu anda menyelesaikan masalah tersebut iaitu dengan melaksanakan proses REFUND secara ONLINE sahaja.
Cara-cara Refund / Perbaharui Kad Touch N Go
Layari laman web seperti yang tertera di bawah:
Pastikan anda telah mendaftarkan kad yang hendak diperbaharui di Portal Web Touch N Go. Sekiranya belum, anda boleh ketahui cara-caranya melalui pautan di bawah:
Dalam portal tersebut, senarai kad anda akan terpapar seperti gambar di bawah.
Berdasarkan senarai kad yang dipaparkan, pilih kad TnG anda yang hendak diperbaharui atas sebab kerosakan, kehilangan ataupun telah tamat tempoh.
Pembayaran balik yang dilakukan adalah dengan berdasarkan syarat-syarat yang berikut:
- Nama Pemilik Bank Akaun dan ID Pelanggan adalah sama dengan maklumat pemilik kad yang didaftarkan.
- Pembayaran ke Akaun Pihak Ketiga tidak dibenarkan.
Bagi pengurusan melalui Touch 'n Go eWallet pula:
- Pembayaran balik hanya kepada akaun Touch 'n Go eWallet yang telah disahkan.
Proses pembayaran balik akan mengambil masa dalam tempoh 30 hari dari tarikh laporan dibuat. Justeru, pastikan segala maklumat yang penting telah didaftarkan dengan tepat.
PENAFIAN:
- Bahan yang admin kongsikan merupakan rujukan artikel sahaja. e-semasa tiada sebarang kaitan dengan agensi kerajaan ataupun mana-mana syarikat yang amat berkaitan dengannya. Segala rujukan hanyalah berpandukan sumber rasmi yang sahih saja.