Daftar Kad Touch N Go Anda di Portal TnG untuk Dapatkan Pelbagai Manfaat!
Maklumat Asas
Terdapat pelbagai manfaat yang akan diperoleh sekiranya kad anda didaftarkan dalam sistem portal Touch N Go. Antaranya ialah:
- Boleh melaksanakan proses REFUND sekiranya kad rosak, hilang ataupun dicaj lebih di mana-mana tol.
- Semakan terhadap semua sejarah transaksi serta boleh dicetak mengikut kad yang digunakan. (Amat bermanfaat untuk membuat tuntutan perjalanan urusan kerja kepada majikan)
- Pindah milik kad kepada pengguna / tuan yang baru.
- Pengiktirafan kad anda dalam sistem Touch N Go.
Oleh itu, tanpa berlengah masa lagi daftarkanlah kad Touch N Go anda di portal ini. Berikut adalah cara-cara mendaftar:
Cara-cara Daftar di Portal Touch N Go
Pertama sekali, buka pautan laman web portal yang disediakan di bawah:
Sekiranya anda sudah mempunyai akaun dalam portal ini, hanya perlu dilog masuk sahaja.
Bagi yang belum mempunyai akaun, turuti langkah seterusnya.
Seterusnya, klik pada Register Here seperti ditunjukkan dalam gambar di bawah:
Identification No
- Nombor Kad Pengenalan
Card / Device Info
- Kad TNG NFC yang baru ianya tertera di belakang Serial No.
- Kad yang lama ianya tertera di resit tambah dalam bahagian Mfg No.
Selesai di bahagian tersebut, seterusnya butiran yang lebih terperinci diperlukan untuk diisi dengan baik dan tepat seperti yang terdapat di dalam gambar di bawah.
- username yang dicipta perlu mengandungi kata abjad dan angka seperti arahan yang terdapat di bawah.
Selesai mencipta username, anda akan diminta untuk log masuk. Oleh itu perlulah kembali ke halaman utama dan log masuk dengan menggunakan username dan kata laluan yang dicipta.
Apabila anda berjaya log masuk, kad yang telah didaftarkan kepada nama anda akan tersenarai seperti yang terdapat dalam gambar di bawah.
Justeru, diharap dengan adanya portal web Touch N Go ini ianya secara langsung dapat membantu semua pengguna dalam semua pengurusan dengan lebih efisien.
PENAFIAN:
- Bahan yang admin kongsikan merupakan rujukan artikel sahaja. e-semasa tiada sebarang kaitan dengan agensi kerajaan ataupun mana-mana syarikat yang amat berkaitan dengannya. Segala rujukan hanyalah berpandukan sumber rasmi yang sahih saja.