Cara Perbaharui Surat Lahir Yang Telah Lama & Lusuh

Maklumat Asas

Surat lahir adalah satu dokumen penting yang perlu dijaga dengan sebaiknya oleh setiap warganegara Malaysia. Hal ini kerana setiap pengurusan penting akan seseorang individu di negara ini umumnya menjadikan surat lahir sebagai satu kriteria yang amat kritikal dalam aspek pengesahan kewarganegaraan seperti pendaftaran diri di sekolah, permohonan untuk berkahwin, permohonan membuat kad pengenalan diri dan sebagainya.

Namun, seperti yang diketahui surat lahir dihasilkan selalunya selepas beberapa hari seseorang individu itu dilahirkan. Lantas, bagi mereka yang sudah berusia ataupun berumur semestinya keadaan surat lahir yang telah lama disimpan akan kelihatan lama dan lusuh. Walhal, sekiranya penjagaan yang diamalkan tidak baik surat lahir itu telah koyak, remuk dan sebagainya.

Justeru, di sini akan dikongsikan bagaimana cara-cara yang boleh dilakukan untuk memperbaharui surat lahir yang telah lama, rosak dan lusuh.

Cara-cara Perbaharui Surat Lahir:

Syarat Utama
  • Pemilik Sijil Lahir mempunyai Kad Pengenalan / Passport
  • Waris yang memohon adalah mereka yang terdekat

Bayaran / Caj Pembaharuan
  • Caj yang ditetapkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) ialah RM5.00

Dokumen Penting yang Perlu Disediakan
  • Kad Pengenalan beserta satu (1) salinan
  • Surat Lahir yang asal
Sekiranya wakil yang memohon perlu menyediakan:
  • Surat Nikah asal beserta satu (1) salinan
  • Salinan Kad Pengenalan pemohon

Proses Permohonan
  • Hadir ke mana-mana pejabat JPN yang berhampiran
  • Dapatkan nombor giliran mengikut kategori yang bersesuaian di kaunter
  • Maklumkan kepada Pegawai bertugas tujuan kedatangan adalah untuk memperbaharui surat lahir
  • Pegawai berkenaan seterusnya akan membantu dan proses pembayaran caj akan dikenakan

Pastikan segala dokumen penting yang diperlukan dibawa bersama ke pejabat JPN.

Sebarang maklumat lanjut bolehlah berhubung dengan pejabat JPN yang berhampiran atau layari secara terus portal rasmi JPN iaitu: 
Semoga segala urusan anda dipermudahkan.