Bantuan Subsidi Yuran Pengasuhan Taska - Semak & Mohon Sekarang!
Pihak kerajaan Malaysia menerusi Belanjawan 2023 telah memperkenalkan satu bantuan yang dikenali sebagai Subsidi Yuran Pengasuhan Taska.
Bantuan ini adalah:
- Pemberian yuran subsidi sebanyak RM180 untuk seorang anak bagi tujuan meringankan beban penjawat awam yang hendak menghantar anak mereka ke Taska.
- Pembayaran subsidi ini adalah secara bayar terus kepada pengusaha Taska oleh agensi pegawai yang berkenaan berkhidmat.
- Bagi kadar yuran yang melebihi RM180 sebulan untuk seorang anak, lebihan tersebut perlulah ditanggung sendiri oleh pegawai berkenaan.
Syarat-syarat Kelayakan:
- Penjawat awam bergaji RM7000 ke bawah.
- Anak yang berumur di bawah empat (4) tahun pada tarikh anak didaftar masuk ke Taska.
- Hanya taska yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan tempatnya di sektor awam.
Cara-cara Memohon
Permohonan hendaklah dibuat oleh pegawai kepada Bahagian Sumber Manusia ataupun mana-mana bahagian yang bertugas menguruskan penyelarasan TASKA di agensi Kerajaan di mana pegawai tersebut berkhidmat.
Permohonan yang dibuat haruslah disokong oleh Ketua Jabatan agensi yang berkenaan. Pastikan borang permohonan diisi dengan betul dan lengkap mengikut kriteria yang ditetapkan.
Borang permohonan yang diisi perlulah disertakan dengan dokumen sokongan yang berikut:
- Salinan Penyata Gaji.
- Salinan Sijil Kelahiran/MyKid anak.
- Salinan Sijil Kelahiran/MyKid anak dan Sijil Pengangkatan daripada Jabatan Pendaftaran Negara jika anak angkat/anak pelihara.
- Salinan Sijil Kelahiran/MyKid anak dan dokumen menunjukkan hubungan dengan anak tersebut jika anak tiri.
- Salinan penyata gaji suami/isteri.
- Bagi suami/isteri yang tidak berkhidmat dengan Kerajaan sama ada suri rumah, bekerja sendiri atau bekerja di sektor swasta, dokumen atau keterangan berkaitan perlu disahkan oleh Ketua Jabatan pegawai.
Sebarang maklumat lanjut boleh layari:
Semak dahulu sebelum memohon. Semoga segala urusan anda dipermudahkan. Amin.