Bantuan Skim mySalam - Semak dan Mohon Sekarang!

Maklumat Asas

Pihak kerajaan melalui Belanjawan 2023 mewujudkan satu bantuan khas untuk individu yang layak memohon iaitu Skim mySalam.

Tujuan utama bantuan ini adalah untuk menyediakan skim perlindungan kesihatan sosial kepada golongan yang berkelayakan dalam mengatasi masalah kewangan apabila menghidapi penyakit-penyakit yang kritikal.
Bantuan ini terbahagi kepada dua iaitu:
  • Bantuan tunai secara bayar sekali sebanyak RM8,000 apabila pemohon disahkan mengihdapi salah satu daripada 45 penyakit yang dianggap kritikal. Senarai penyakit KLIK DI SINI.
  • Bantuan tunai sebanyak RM50 sehari hospitalisasi untuk tempoh maksimum 14 hari di mana ianya tertakluk kepada klausa pengecualian. (Rujuk Bahagian Kelayakan)
Semua tuntutan ini dibuka sehingga 30 Jun 2024 dengan syarat yang berikut:
  • Tarikh kemasukan ke hospital atau diagnosis penyakit kritikal berlaku pada tempoh kelayakan (2019 sehingga 2023)

Kelayakan

Kelayakan adalah bagi mereka yang turut menerima program bantuan kerajaan iaitu:
  • Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M)
  • Bantuan Sara Hidup (BSH)
  • Bantuan Prihatin Rakyat (BPR)
  • Bantuan Keluarga Malaysia (BKM)
Bagi BR1M 2018 kelayakan mySalam adalah:
  • Tahun 2019
  • Individu berumur antara 18 hingga 55 tahun dan pasangan
Bagi BSH2019 kelayakan mySalam adalah:
  • Tahun 2020
  • Individu berumur antara 18 hingga 65 tahun dan pasangan
  • Individu bujang berumur 40 hingga 65 tahun dan berpendapatan kurang daripada RM24,000 setahun
Bagi BSH2020 kelayakan mySalam adalah:
  • Tahun 2021
  • Individu OKU berumur antara 18 hingga 65 tahun dan berpendapatan kurang daripada RM24000 setahun
Bagi BPR 2021 dan BKM 2022 kelayakan adalah:
  • Tahun 2022
  • Individu berumur antara 18 hingga 65 tahun dan pasangan
  • Individu bujang berumur 21 hingga 65 tahun
  • Individu OKU berumur antara 18 hingga 65 tahun
Bagi BKM 2022 dan STR 2023 kelayakan adalah:
  • Tahun 2023
  • Individu berumur antara 18 hingga 65 tahun dan pasangan
  • Individu bujang berumur 21 hingga 65 tahun
  • Individu OKU berumur antara 18 hingga 65 tahun
Kelayakan boleh disemak secara terus dengan menghantar e-mel ke info@mysalam.com.my ataupun hubungi Talian mySalam - 1 300 888 938.

Cara-cara Memohon
Tuntutan Penyakit Kritikal
  • Langkah 1: Layari portal mysalam (www.mysalam.com.my) dan log masuk menggunakan No. Kad Pengenalan beserta kata laluan yang akan diterima melalui SMS (atau kata laluan terkini yang telah ditetapkan sebelum ini)
  • Langkah 2: Dapatkan borang dengan klik Muat turun Borang yang bernama Borang Penyakit Kritikal - Kenyataan Doktor dengan berdasarkan jenis penyakit kritikal
  • Langkah 3: Lengkapkan borang tersebut dengan bantuan doktor ataupun pakar yang merawat penyakit kritikal yang dihadapi
  • Langkah 4: Log masuk semula ke portal mysalam (www.mysalam.com.my) dan seterusnya klik Tuntutan diikuti Penghantaran Tuntutan. Seterusnya skrol ke bahagian bawah dan klik Tuntutan Penyakit Kritikal
  • Langkah 5: Isi dengan lengkap semua maklumat yang diperluan dan klik pada butang Muat Naik untuk memasukkan semua dokumen yang disenaraikan. Pastikan dokumen Borang Penyakit Kritikal - Kenyataan Doktor beserta salinan Dokumen Pengenalan diletakkan dalam format pdf ataupun jpeg
  • Langkah 6: Klik pada butang Hantar untuk melengkapkan proses tuntutan.

Tuntutan Hospitalisasi
  • Langkah 1: Layari portal mysalam (www.mysalam.com.my) dan log masuk menggunakan No. Kad Pengenalan beserta kata laluan yang akan diterima melalui SMS (atau kata laluan terkini yang telah ditetapkan sebelum ini)
  • Langkah 2: Klik ikon Tuntutan dan seterusnya ikon Penghantaran Tuntutan. Kemudian, skrol ke bahagian bawah untuk selanjutnya klik ikon Tuntutan Hospitalisasi.
  • Langkah 3: Isi dengan lengkap semua maklumat yang diperluan dan klik pada butang Muat Naik untuk memasukkan semua dokumen yang disenaraikan. Pastikan dokumen Salinan Nota Discaj beserta salinan Dokumen Pengenalan diletakkan dalam format pdf ataupun jpeg
  • Langkah 4: Klik pada butang Hantar untuk melengkapkan proses tuntutan.

Berikut adalah proses permohonan dalam bantuan mySalam ini. Sebarang maklumat lanjut yang ingin diketahui boleh rujuk soalan-soalan lazim di bawah:

Soalan Lazim Skim mySalam - KLIK DI SINI

Semoga segala urusan anda dipermudahkan.