Bantuan SARA RM600 Telah Mula Diagih - Semak Status Anda Sekarang!

Maklumat Asas


Bantuan pihak kerajaan iaitu Sumbangan Asas Rahmah (SARA) telah mula diagih bermula 17 Julai 2023 (Isnin) sehinggalah ke suatu tempoh yang akan dimaklumkan seperti yang telah dinyatakan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Tujuan utama sumbangan ini adalah untuk meringankan kos sara hidup golongan yang tertentu iaitu kepada mereka yang dikategorikan sebagai miskin tegar. Seramai 200,000 orang penerima akan diberikan bantuan ini dengan bentuk bakul/baucar bagi memastikan keperluan asas makanan terjamin.


Jumlah Bantuan 


Penerima akan menerima bantuan sebanyak RM600 sekiranya dikategorikan sebagai layak dengan berdasarkan maklumat lengkap latar belakang yang diperoleh dalam Sistem e-Kasih


Berikut adalah cara-cara membuat semakan status:


Cara-cara menyemak Status Bantuan SARA


Pertama sekali adalah dengan melayari portal semakan melalui pautan yang disediakan di bawah:
Portal semakan akan terpapar seperti gambar di bawah:
Dengan merujuk gambar di atas:
  • Masukkan nombor Kad Pengenalan tanpa '-'
  • Masukkan Kod Pengesahan mengikut angka dan huruf yang diberikan
  • Klik butang Semak Status untuk mendapatkan keputusannya

Sekiranya semakan status mempunyai rekod, kaedah pengagihan akan diberikan mengikut perancangan yang akan dimaklumkan oleh pihak Kementerian Kewangan.

Selamat menyemak status anda dan semoga segala urusan anda dipermudahkan. Amin.