Bantuan Pas Perjalanan Tanpa Had 30 Hari - Pas My50

Maklumat Asas

Pihak kerajaan melalui Belanjawan 2023 telah mewujudkan bantuan yang dikenali sebagai Pas Bulanan My50. Bantuan ini memberi setiap pengguna pengangkutan awam satu pas perjalanan tanpa had selama 30 hari iaitu:
  • Rapid KL LRT
  • MRT
  • Monorail
  • BRT
  • Bas Rapid KL
  • Bas Perantara MRT di Lembah Klang
Manakala di Pulau Pinang, My50 ditawarkan kepada semua warganegara pengguna servis bas Rapid Penang.

Permohonan ini telah bermula pada 15 Februari 2023 sehinggalah ke suatu tarikh yang akan ditetapkan kemudian.

Kelayakan

Bantuan ini hanya layak terhadap mereka yang:
  • Warganegara Malaysia yang mempunyai MyKad atau MyTentera di kawasan-kawasan penggunaan perkhidmatan yang telah dinyatakan.

Cara-cara Permohonan

Untuk mula memohon, pastikan MyKad/MyTentera telah mempunyai kefungsian Touch N Go.

Cara Pembelian Pas My50 di Lembah Klang
  • Setelah memastikan MyKad/MyTentera mempunyai kefungsian Touch N Go, hadir ke Kaunter Perkhidmatan Pelanggan Rapid KL Rail atau hab bas yang terpilih.
  • Pertama sekali, pastikan MyKad/MyTentera mempunyai tambah nilai minimum RM55.
  • Sekiranya nilai dompet tidak mencukupi, minimum sebanyak RM60 perlu dimuat semula ke MyKad/MyTentera.
  • Setelah proses tambah nilai dilaksanakan di mana RM0.50 dikenakan sebagai caj servis, RM9.50 akan disimpan dalam nilai dompet Touch N Go. 
  • Baki tersebut tidak akan ditolak setelah pas My50 diaktifkan. Sebaliknya, penolakan baki tersebut akan berlaku melalui transaksi lain seperti tol, tempat letak kereta, kedai runcit dan sebagainya.
Proses mengaktifkan Pas My50 bergantung kepada setiap pengguna yang ingin menentukan tarikh permulaan.
  • Pas My50 akan diaktifkan setelah apabila sentuhan di buat terhadap pas pintu buat kali pertama dan ianya akan dianggap sebagai Hari 1.
Pembaharuan automatik boleh dilakukan di setiap Pejabat Perkhidmatan Pelanggan Rapid KL atau mana-mana hab bas yang terpilih.
  • Pastikan jumlah nilai dompet sekurang-kurangnya RM55 untuk pas mendapat pembaharuan secara automatik.

Cara Pembelian Pas My50 Mutiara di Pulau Pinang
  • Hadir ke mana-mana hab bas atau kiosk yang terpilih di Pulau Pinang dengan membawa MyKad atau MyTentera.
  • Nyatakan tujuan kedatangan adalah untuk membeli Pas My50 Mutiara.
  • Proses pembelian akan dibantu oleh staf yang bertugas pada ketika itu.
Proses pengaktifan Pas My50 Mutiara akan aktif setelah:
  • Sentuhan dibuat terhadap pembaca kad bas semasa menggunakan perkhidmatan bas Rapid Penang.
  • Pembaharuan automatik boleh dimohon di mana-mana hab bas yang terpilih sahaja.

Senarai Kaunter Perkhidmatan Pelanggan Rapid KL/Hab Bas yang terpilih
  • Semua stesen LRT
  • Semua stesen Monorel
  • Semua stesen BRT

Hab bas tertentu Rapid KL yang tertentu iaitu:
  • Pasar Seni
  • Chow Kit
  • KLCC
  • Sri Nilam
  • Puchong Utama
  • Pearl Point
  • Sunway Pyramid
  • Greenwood
  • Seksyen 2 Shah Alam

Kiosk Rapid Penang yang tertentu iaitu:
  • Komtar
  • Weld Quay (Terminal B)
  • Penang Sentral
  • Bukit Jambul
  • Ibu Pejabat Rapid Penang (Lorong Kulit)
  • Kompleks Dat' kailan (Kepala Batas)
  • Balik Pulau
  • Bukit Mertajam

Sebarang maklumat lanjut berkenaan dengan Pas My50 boleh rujuk Soalan Lazim di bawah:

Semaklah sekarang dan manfaatkan bantuan yang ditawarkan. Semoga segala urusan anda dipermudahkan.