Jom Ketahui Cara Order Subway!
Subway adalah syarikat penyediaan produk makanan yang berasaskan sandwich dan ianya dikatakan sebagai salah satu alternatif bagi mereka yang ingin mengamalkan diet pemakanan yang seimbang dan sihat.
Berdasarkan maklumat yang diperoleh, boleh dikatakan bahawa tidak semua orang sering membeli produk makanan sandwich di Subway.
Lantaran itu, hal ini secara langsungnya menyebabkan tidak semua orang di negara ini tahu dengan sebaiknya tentang cara yang amat sesuai untuk dilakukan apabila hendak membuat order ataupun tempahan makanan di Subway.
Justeru, artikel ini akan berkongsikan mengenai cara-cara yang boleh diaplikasikan apabila hendak membuat tempahan di Subway.
Cara-cara Order Subway
Pertama sekali apabila hendak membuat tempahan ialah mengetahui JENIS MAKANAN / SANDWICH yang hendak dipilih.
4 jenis pilihan makanan tersebut adalah seperti yang berikut:
- Subway Footlong
- 6 inch
- Salad
- Wrap
Selesai memilih jenis sandwich, seterusnya adalah pemilihan JENIS ROTI dalam menu yang dikehendaki.
Berikut adalah 6 jenis roti yang boleh dipilih:
- Hearty Italian
- Wheat
- Honey Oat
- Italian
- Parmesan Oregano
- Wrap
Apabila selesai memilih jenis roti, seterusnya adalah pemilihan JENIS INTI. Pemilihan jenis inti dilakukan sementara menunggu roti yang telah dipilih dibakar.
Berikut adalah jenis inti yang boleh dipilih:
- Classic
- Favourites
- Signature
- Breakfast
Classic
- Seafood Sensation - Menu ini mempunyai rasa isi ketam
- Steak & Cheese - Menu ini memberikan rasa daging cincang yang telah diperap dengan bahan perapannya. Terdapat campuran salt pepper
- Chicken Teriyaki - Mempunyai citarasa yang semestinya akan diminati oleh peminat makanan Jepun. Teriyaki dihasilkan dari daging ayam dan rasanya manis-manis. Sesuai ditambah dengan sos Sweet Onion
- Meatball Marinara - Menu yang terdiri daripada meatball di mana sosnya seperti kuah spaghetti dan amat sedap dimakan sewaktu panas
- Spicy Italian - Menu yang rasanya pedas dan sedikit masin. Terdiri daripada 8 keping daging lembu pepperoni dan salami. Amat sesuai ditambahkan rasanya dengan sos yang pedas seperti sos BBQ ataupun sos cili
- Veggie Delite - Khas untuk mereka yang vegetarian. Menu ini hanya berintikan sayur tanpa daging.
Signature
Menu ini harganya sedikit mahal atas sebab intinya merupakan daging bercampur seperti daging ayam, daging lembu dan daging ayam belanda.- Italian BMT - Menu yang lebih kurang seperti Spicy Italian. Menu ini mengandungi gabungan salami, pepperoni dan chicken slice. Rasanya masin sedikit dan pedas
- Subway Club - Rasanya bercampur-campur kerana menu ini adalah gabungan chicken slice, roast beef dan turkey breast
- Subway Melt - Menu ini adalah gabungan chicken slice, turkey breast dan beef strip.
*Malaysia Subway menggunakan daging lembu sahaja untuk menjaga taraf halal mereka.
Breakfast
Breakfast Subway hanya boleh ditempah / order dari jam 8 pagi sehinggalah 11 pagi. Harga menu ini adalah yang termurah. Tambahan RM1 sekiranya hendak disekalikan dengan minuman kopi (coffee).- Egg & Cheese - Sandwich telur yang bercampur dengan sayur
- Chicken Slice, Egg & Cheese - Menu yang mengandungi chicken slice dan telur di dalam roti sandwich
- Beef Strip, Egg & Cheese - Menu yang mengandungi inti daging dan telur
- Tuna, Egg & Cheese - Menu yang mengandungi telur, keju dan tuna.
Jenis Sayur yang Boleh Dipilih
Pemilihan sayur bergantung dengan kehendak masing-masing di mana tiada sayur langsung pun dibolehkan.
Berikut adalah jenis-jenis sayur yang boleh dipilih:
Seperti sayur juga, sos juga adalah pilihan dan kehendak masing-masing iaitu tiada sos langsung pun dibolehkan.
Berikut adalah jenis-jenis sos yang boleh dipilih.
- Honey Mustard
- Sweet Onion
- Mayonnaise
- Olive Oil Blend
- Chilli
- Ketchup
- BBQ Ranch
- Thousand Island
Subway Biscuit Menu
Akhir sekali adalah pemilihan menu tambahan iaitu biskut ataupun air. Sekiranya air dipilih, tambahan cas RM1 akan dikenakan.
Itulah cara-cara bagaimana hendak membuat tempahan makanan di Subway. Semoga perkongsian ini memberikan faedah kepada mereka yang hendak order makanan di restoran tersebut terutamanya bagi pelanggan yang buat pertama kali.
Terima kasih.