Untuk Rakyat Tiada Kenaikan Tarif Elektrik - PM Anwar Ibrahim

Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan bawaha tarif elektrik dalam kalangan rakyat tidak akan dinaikkan walaupun difahamkan jumlah keseluruhan kos subsidi bahan api mencecah sehingga RM30 bilion.


Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu juga mengatakan tarif elektrik bagi kategori syarikat multinasional yang perniagaan mereka mempunyai eksport produk ke luar negara akan dinaikkan sedikit.


Butiran kenaikan berkenaan akan diumumkan oleh Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad dalam tempoh yang terdekat ini.


"Berdasarkan laporan NACCOL (Majlis Tindakan Sara Hidup Negara) semalam, kita memutuskan supaya cadangan awal untuk naikkan taraf elektrik itu tidak diteruskan, kerana kita akui ia akan membebankan rakyat, walaupun kita akui jika tidak ada apa-apa dilakukan, ia akan memberi kesan kepada kewangan negara agak tinggi, iaitu RM30 bilion.


"Maka saudara Nik Nazmi, selaku menteri berkenaan akan buat pengumuman, jika dikenakan pun akan kepada syarikat multinasional yang eksport kerana tarif terlalu rendah buat mereka, dan subsidi itu tidak harus diberikan kepada syarikat gergasi yang untungnya tinggi," kata Perdana Menteri.


Kenaikan yang dikenakan kepada syarikat multinasional itu tidak akan memberi sebarang kesan kepada rakyat secara umumnya, termasuklah juga syarikat industri kecil sederhana, syarikat pertanian dan pengeluar makanan.


"Tetapi keputusan jelas, kita tidak akan membebankan rakyat. Jadi, keputusan kita ialah tidak menaikkan tarif elektrik, kecuali untuk mereka yang benar-benar kaya." ujar Perdana Menteri.


Sumber: Astro Awani