Takwim Persekolahan Sesi 2023/2024 & Cuti Penggal KPM

Maklumat Asas

Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengumumkan Takwim Persekolahan Sesi 2023/2024 beserta cuti-cuti penggal yang ditentukan sepanjang tahun pada 10 Disember 2022.

Pengumuman baru ini masih menetapkan bahawa tarikh permulaan sesi persekolahan tahun 2023 tetap pada bulan MAC akibat beberapa perkara penting yang telah dipertimbangkan seperti mencukupkan 190 hari wajib sekolah dan kesukaran pelajar Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) menghadapi peperiksaan pada musim banjir.

Perkara penting yang perlu diambil maklum oleh semua golongan ibu bapa / penjaga, guru, pelajar dan lain-lain yang berkaitan dalam pengumuman takwim terbaru ini ialah minggu pertama sesi persekolahan 2023 dilewatkan selama seminggu berbanding yang asal iaitu pada 19/20 Mac. Hal ini adalah untuk memastikan kelancaran operasi peperiksaan SPM dapat dilaksanakan dengan baik. 

Berikut adalah ketetapan baru dalam takwim persekolahan sesi 2023/2024.

Takwim Persekolahan KPM Sesi 2023/2024

Kumpulan A

Johor, Kedah, Kelantan, Terangganu

Tarikh Mula Bersekolah : 19 Mac 2023
Takwim Persekolahan Sesi 2023/2024 Kumpulan A

Kumpulan B

Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Wilayah Persekutuan Labuan

Tarikh Mula Bersekolah : 20 Mac 2023
Takwim Persekolahan Sesi 2023/2024 Kumpulan B

Pihak KPM juga pada masa yang sama telah mengumumkan tarikh cuti bagi setiap perayaan yang disambut pada tahun 2023.

Tarikh Cuti Perayaan Sesi 2023/2024 - KLIK DI SINI

Kenyataan Media Pengumuman Takwim
Kenyataan Media KPM

👉Telegram Rasmi👈

PENAFIAN:
  • Bahan yang admin kongsikan merupakan rujukan artikel sahaja. e-semasa tiada sebarang kaitan dengan agensi kerajaan ataupun mana-mana syarikat yang amat berkaitan dengannya. Segala rujukan hanyalah berpandukan sumber rasmi yang sahih saja.