Skim Bantuan Pembiayaan Mudah (IPPKS) - Untuk Pekebun Kecil Sawit

Maklumat Asas

Agro-Bank Malaysian Palm Oil Board (MPOB) telah mengumumkan program bantuan yang dikhaskan kepada semua pekebun kecil sawit yang berkelayakan iaitu Skim Pembiayaan Mudah Input Pertanian Pekebun Kecil Sawit (IPPKS).

Tujuan utama pembiayaan ini adalah membantu semua pekebun kecil menggandakan keuntungan hasil pertanian yang mereka hasilkan di mana secara keseluruhannya akan membantu perkembangan pesat ekonomi negara.

Tawaran ini akan memastikan pekebun kecil sawit dapat membeli keperluan usaha pertanian mereka seperti racun serangga perosak, baja serta anak pokok. Hal ini secara langsung akan memberikan satu kemudahan yang selesa kepada mereka dalam merangka pengurusan pertanian yang lebih efisien.

Maklumat Pembiayaan Skim IPPKS

Pembiayaan ini tertakluk kepada dua perkara iaitu:

Kadar Pembiayaan
  • RM2,500 bagi setiap hektar
  • Jumlah maksima yang akan dibiaya : RM16,250
Tempoh Pembiayaan
  • 24 bulan

Syarat-syarat Permohonan

Berikut adalah syarat-syarat permohonan dalam tawaran bantuan ini:
  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 18 sehingga 58 tahun
  • Pekebun kecil persendirian sahaja
  • Pekebun kecil yang mempunyai pemilikan tanah tidak melebihi 40.66 hektar
  • Mempunyai lesen MPOB
  • Memiliki sawit berusia kurang daripada 22 tahun

Cara-cara Permohonan

Individu yang berminat boleh mengemukakan permohonan dengan menghantar borang permohonan yang disediakan oleh pihak MPOB ataupun Agro Bank.

Borang permohonan boleh didapatkan di cawangan Agro Bank atau Pejabat TUNAS MPOB yang berhampiran di seluruh negara.

Contoh Borang Permohonan

Borang permohonan perlu disertakan sekali dengan dokumen-dokumen yang berikut:
  • Salinan IC / Kad Pengenalan
  • Salinan Dokumen Pemilikan Tanah
  • Salinan Lesen MPOB
Borang permohonan dan dokumen yang lengkap hendak dihantar ke mana-mana cawangan Agro Bank yang terdekat.

Maklumat Lanjut

Sebarang maklumat lanjut boleh berhubung dengan Puan Rahmahwati Rasuddin iaitu di talian:

No. Tel. : 03-8769 3855

E-mel : rahmahwati@mpob.gov.my

Talian di bawah juga boleh dihubungi iaitu:

No. Tel. : 03-8769 4370 / 4255 / 3930


Semoga segala urusan anda dipermudahkan. Amin.

PENAFIAN:
  • Bahan yang admin kongsikan merupakan rujukan artikel sahaja. e-semasa tiada sebarang kaitan dengan agensi kerajaan ataupun mana-mana syarikat yang amat berkaitan dengannya. Segala rujukan hanyalah berpandukan sumber rasmi yang sahih saja.