Siti Bainun Dapat MC 22 Hari Menyebabkan Bicara Kes Penderaan Bella Ditangguhkan

Pada 7 Disember 2022, Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur telah memaklumkan bahawa Siti Bainun yang merupakan adalah tertuduh dalam perbicaraan kes penderaan adik Bella mendapat medical certificate (MC) selama 22 hari atas sebab faktor kesihatan yang dialami.

Situasi terbaru ini menyebabkan perbicaraan kes adik Bella terpaksa ditangguhkan dengan serta merta di mana tarikh proses prosiding membela diri yang harus dilaksanakan oleh Siti Bainun sepatutnya berlangsung pada 6 sehinggalah 9 Disember 2022.

Menurut maklumat yang diterima, tempoh MC yang diterima Siti Bainun adalah dari 28 November sehingga 19 Disember ini. Nur Aminahtul Mardiah Md Nor, peguam bela Siti Bainun mengatakan anak guamnya itu dijangkiti bakteria, hasil kesan prosedur perubatan diagnostik yang dijalankan pada 6 Disember. Lantaran itu, Siti Bainun dikehendaki untuk mengambil antibiotik selama 15 hari sebelum menjalani pembedahan organ hempedu.

"Siti Bainun yang dikecualikan kehadiran pada sebutan kes hari ini, dibenarkan keluar dari hospital jam 9 malam tadi. Laporan terkini kesihatan dan MC Siti Bainun akan dikemukakan kepada mahkamah.

"Laporan penuh pula akan diberi selepas 14 hari kerana hospital memerlukan masa. Anak guam perlu kembali ke hospital pada 15 Disember untuk rawatan susulan, manakal 20 Disember menjadi penentuan sama ada Siti Bainun boleh teruskan dengan pembedahan hempedu atau sebaliknya.

Berkaitan dengan perkara tersebut, Timbalan Pendakwa Raya memohon agar kebenaran tentang status terkini kesihatan Siti Bainun dapat dipastikan selain dari pihak doktor yang merawat dipanggil untuk memberikan keterangan mengenai laporan kesihatan tersebut.

Akan tetapi, Hakim membenarkan penangguhan bicara tersebut oleh kerana sijil MC sudah diterima. Tambahan pula, mengikut prosedur yang sepatutnya mahkamah perlu memberi peluang kepada kedua-dua pihak untuk bersedia supaya tiada kesan yang tidak diingini berlaku kepada tertuduh.

"Saya membenarkan penangguhan bicara kerana tertuduh tidak sihat serta diberikan MC. Persoalan doktor dipanggil beri keterangan tiada keperluan. Berdasarkan fakta, mahkamah perlu memberi peluang kepada kedua-dua pihak untuk bersedia kerana ia akan memberi kesan kepada tertuduh.

"Saya akan memberi dapatan terhadap permohonan itu pada Jumaat ini. Mahkamah juga mempunyai kuasa untuk menetapkan tarikh bicara peringkat pembelaan dan akan menggunakan budi bicaranya.

"Ia berdasarkan tarikh lapang peguam bela dan pendakwa raya, selain isu dibangkitkan pada hari ini, yang akan diputuskan pada Jumaat." kata Hakim.

👉Telegram Rasmi👈

Sumber: Berita Harian Online, Bernama, Kisah Dunia