Senarai Timbalan Menteri Kerajaan Perpaduan

Pada jam 8.15 malam tadi, Perdana Menteri Malaysia yang ke-10 Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan senarai Timbalan Menteri yang telah dilantik dalam setiap kementerian yang ada dalam kabinet kerajaan perpaduan ini.

Perkara ini adalah susulan daripada sidang media yang telah dijalankan pada 2 Disember lalu iaitu pengumuman bagi setiap menteri dan kementerian yang terdapat dalam pimpinan kerajaan Perdana Menteri.


Untuk pengetahuan umum, kerajaan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim terdiri daripada 28 kementerian di mana 3 portfolio kementerian yang diwujudkan adalah pimpinan Perdana Menteri (Kementerian Kewangan) dan dua Timbalan Perdana Menteri iaitu Menteri Kemajuan Desa & Wilayah dan Menteri Perladangan & Komoditi.

Berikut adalah senarai timbalan menteri yang terdapat dalam Kementerian Kerajaan Perpaduan ini:

Timbalan Menteri Kewangan
  • Datuk Seri Ahmad Maslan, Sim Chee Keong

Timbalan Menteri Kemajuan Desa Dan Wilayah
  • Datuk Rubiah Wang

Timbalan Menteri Perladangan Dan Komoditi
  • Datuk Siti Aminah Achih

Timbalan Menteri Pengangkutan
  • Datuk Hasbi Habibullah

Timbalan Menteri Pertanian Dan Keterjaminan Makanan
  • Chan Foong Hin

Timbalan Menteri Ekonomi
  • Datuk Hanifah Hajar Taib

Timbalan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan
  • Akmal Nasir

Timbalan Menteri Pertahanan
  • Adly Zahari

Timbalan Menteri Kerja Raya
  • Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad

Timbalan Menteri Dalam Negeri
  • Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa Dan Industri
  • Liew Chin Tong

Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi
  • Yusof Apdal

Timbalan Menteri Sains Dan Teknologi
  • Datuk Arthur Joseph Kurup

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat
  • Aiman Athirah Sabu

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup
  • Fuziah Salleh

Timbalan Menteri Undang-Undang Dan Reformasi Institusi
  • Ram Karpal Singh

Timbalan Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar Dan Perubahan Iklim
  • Datuk Hwang
Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan Dan Koperasi
  • Sarasawhaty Kandasamy

Timbalan Menteri Luar Negeri
  • Datuk Mohamad Al Amin

Timbalan Menteri Pelancongan
  • Khairul Firdaus Akbar Khan
Timbalan Menteri Komunikasi Digital
  • Teo Nie Ching

Timbalan Menteri Pendidikan
  • Lim Hui Yi

Timbalan Menteri Belia Dan Sukan
  • Adam Adli  Abdul Halim

Timbalan Menteri Sumber Manusia
  • Mustafa @ Mohd Yunus

Timbalan Menteri Kesihatan
  • Lukanisman Awang

Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Sabah Dan Sarawak)
  • Datuk Wilson Uggah

PENAFIAN:
  • Bahan yang admin kongsikan merupakan rujukan artikel sahaja. e-semasa tiada sebarang kaitan dengan agensi kerajaan ataupun mana-mana syarikat yang amat berkaitan dengannya. Segala rujukan hanyalah berpandukan sumber rasmi yang sahih saja.