Satu Tokong Di Thailand Kosong dan Sunyi Sepi, Puncanya Sangat Mengejutkan, Wow!
👉Join Telegram Rasmi e-semasa👈
Sebuah tokong kecil di Thailand didapati secara tiba-tiba kosong dan sunyi sepi. Setelah disiasat puncanya memang amat mengejutkan kerana difahamkan kesemua sami di tokong tersebut telah ditangkap polis untuk dibawa ke balai.
Punca setiap sami itu dibawa adalah kerana mereka semua didapati positif dadah yang dikatakan adalah methamphetamine. BBC mengatakan tokong tersebut lokasinya adalah di wilayah utara Phetchabun dan bilangan sami yang ditangkap itu adalah seramai empat orang.
Serbuan yang dijalankan ini adalah menyahut kempen nasional memerangi dadah. Oleh sebab itu, sami yang berada di tokong tersebut dikehendaki menjalani air kencing. Hasil pemeriksaan menyebabkan keempat-empat sami itu dibawa ke klinik kesihatan untuk menjalani pemulihan dadah.
Menurut Boonlert Thintapthai, jurucakap pihak berkuasa, perkara ini menyebabkan tokong tersebut ketiadaan sami dan penduduk kampung di kawasan berhampiran dilaporkan bimbang kerana ianya secara langsung menyebabkan mereka tidak dapat membuat sebarang merit iaitu satu amalan Buddha untuk mendapat perlindungan melalui perbuatan baik.
Sumber: Lobak Merah