Rupanya Pernah Berlakon, Fahmi Fadzil Nampak Sangat Masih Muda Dalam Filem Gol & Gincu

Arena politik masa kini telah menyerlahkan beberapa nama yang dilihat berpotensi serta berbakat besar pada masa hadapan untuk menjadi tokoh politik yang berkaliber.

Salah satu individu yang kini dilihat amat berpotensi besar ialah Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) merangkap Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil.

Potensi beliau sebagai tokoh politik yang berkarisma diperkuatkan lagi baru-baru ini apabila Perdana Menteri Negara melantik Fahmi sebagai Menteri Digital Komunikasi. Semestinya, satu petunjuk yang memperlihatkan akan kebolehan beliau meneraju sesebuah organisasi di peringkat nasional.

Merujuk topik artikel ini, tahukah anda rupa-rupanya Fahmi ni pernah menjadi pelakon. Netizen ataupun orang awam sebenarnya tidak menyangka bahawa Ahli Parlimen Lembah Pantai ini merupakan aktor dalam industri perfileman negara suatu ketika dahulu.
Sumber Foto: Twitter

Klik pautan yang disediakan untuk melihat salah satu babak lakonan beliau dalam perfileman negara.

Video Lakonan Fahmi Fadzil : KLIK DI SINI

Inilah yang dikatakan perjalanan hidup. Pergerakan dan keputusan kehidupan yang kita tentukan akan membawa satu perbezaan yang amat ketara pada sesuatu tempoh jangka masa yang mendatang.

👉Join Telegram Rasmi👈

Sumber: Lobak Merah