Remaja Lelaki Redha Dipenjara 13 Tahun Demi Pertahan Dan Lindungi Maruah Ibu Yang Diratah Jiran
Maulud Riyanto, seorang remaja lelaki telah menerima hukuman penjara 13 tahun atas kesalahan yang telah dilakukannya iaitu mencederakan seorang lelaki sehingga mengalami kepatahan di bahagian tulang rusuk.
Menelusuri kisah ini dengan lebih mendalam sememangnya tidaklah seperti apa yang digambarkan kerana Riyanto bertindak sedemikian atas sebab satu sahaja iaitu untuk mempertahankan maruah ibunya yang difahamkan sebelum ini pernah dianiaya oleh lelaki yang dicederakan itu.
Menurut maklumat yang diterima, ibu Riyanto pernah diratah oleh jirannya sehingga meninggalkan kesan trauma dan dalam keadaan menderita. Setelah enam tahun memendam perasaan dendam, Riyanto bertekad membalas semula perbuatan jirannya itu dengan satu perancangan yang telah lama disusun rapi.
Setelah melaksanakan rancangan balas dendamnya itu, Riyanto terus meninggalkan lokasi kejadian dan selepas 10 jam, pihak polis berjaya menjejak dan seterusnya menahan remaja itu.
Riyanto dikatakan dalam keadaan yang redha semasa ditangkap oleh polis. Malah, dia juga memaklumkan bahawa dendam kesumatnya sudah lama disimpan dan pernah menjadi saksi pada ketika ketua kampung mencadangkan kepada mereka untuk berdamai.
"Saya simpan kesumat, ibu saya dulu diratah sama dia. Saya dengar sendiri masa sekolah rendah. Waktu itu ada ketua kampung dan warga lain datang ke rumah. Mereka semua minta untuk berdamai sahaja walaupun dianiaya." kata Riyanto.
Mahkamah telah membuat keputusan untuk memberikan hukuman penjara selama 13 tahun atas kesalahan jenayah yang telah dilakukan oleh remaja itu.
Sumber: Mingguan Wanita & Portal News Detik