Prinsip Dan Tindakan Ortodoks RUU Rusia Terhadap LGBT, Wow!
Presiden Rusia - Vladimir Putin |
👉Join Telegram Rasmi e-semasa👈
Kerajaan Rusia bimbingan Presiden Vladimir Putin telah meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) yang dijadikan sebagai prinsip utama terhadap propaganda lesbian, gay, biskesual dan transgender (LGBT).
Pendirian mereka terhadap LGBT melalui RUU yang telah diluluskan adalah larangan dikenakan dalam kalangan rakyatnya terhadap amalan songsang ini. Keputusan ini dimuktamadkan setelah selesainya bacaan ketiga dan terakhir undang-undang ini yang akhirnya diluluskan dalam Parlimen Rusia.
Intipati RUU tersebut dengan jelas mengatakan sebarang percubaan dalam mempromosikan agenda LGBT melalui pelbagai platform sama ada media sosial, filem, iklan dan sebagainya di tempat umum ataupun khalayak orang ramai dianggap satu jenayah.
Propaganda LGBT |
Hal ini secara langsungnya telah menahan hak-hak aktivis gay di negara kuasa besar Eropah itu. RUU ini menyatakan denda sebanyak 5 juta rubel (RM368,854) dikenakan kepada sesbuah organisasi dan 400,000 rubel (RM29,519) pula kepada individu yang melanggar arahan dengan mempromosikan propaganda ini.
Warga asing juga akan dikenakan denda sekiranya melakukan kesalahan tersebut di Rusia iaitu risiko ditangkap dan seterusnya dikeluarkan dari negara itu sehingga 15 hari.
Dalam erti kata yang lain, perkara ini jelas menunjukkan ketegasan Rusia dalam propaganda LGBT ini sangat berprinsip dan dari sudut pandangan kehidupan seharian, LGBT ini boleh dikatakan adalah sesuatu yang haram untuk dilakukan di negara itu.
Berkaitan dengan itu, susulan dari kelulusan RUU di Parlimen, Putin akan dijangka menandatangani RUU tersebut dalam masa yang terdekat.
Sumber: Reuters