Penganggur Racun 1 Keluarga Sehingga Maut Apabila Diminta Bekerja Selepas Ayah Pencen

👉Join Telegram Rasmi e-semasa👈

Satu kejadian yang menyayat hati telah berlaku baru-baru ini iaitu seorang anak bongsu lelaki bertindak dengan kejam membunuh ahli keluarganya setelah merasakan tidak dilayan dengan adil oleh ibu bapanya.


Permulaan tragedi ini berlaku apabila si bapa yang bernama Abas Ashar mula berpencen dari pekerjaan tetapnya. Fasa berpencen si bapa sebenarnya dikatakan lebih membebankan kepada mereka sekeluarga kerana Abas pada masa yang sama tengah mengalami masalah kesihatan dan memerlukan perbelanjaan yang besar dalam menampung perbelanjaan rawatan.

Oleh sebab itu, si anak bongsu lelaki yang dikenali sebagai Dhio Daffa Syadila pada asalnya tengah menganggur diminta untuk bekerja agar dapat bersama-sama membantu keluarga menyara kehidupan seharian.
Dhio merasakan betapa kurang adilnya layanan yang dia terima kerana si kakak sulung Dhea Chairunnisa tidak diminta untuk bertindak sedemikian walaupun dia sempat memiliki pekerjaan secara kontrak.

Akibat terlampau dengki dan tekanan yang dialami, Dhio telah merancang satu tindakan yang tidak disangka-sangka dan telah menamatkan riwayat ketiga-tiga ahli keluarganya itu. Pada awalnya, pemuda itu memasukkan racun perosak iaitu arsenik ke dalam minuman cendol mereka. 

Walaubagaimanapun, tindakan itu tidak berkesan sangat di mana ibu bapa dan kakaknya hanya mengalami muntah-muntah. Lantaran itu, Dhio merancang tindakan yang sama juga iaitu kali kedua ini dia memasukkan dua sudu teh racun yang diperoleh secara online ke dalam minuman teh dan kopi ahli keluarganya itu.
Akhirnya, ketiga-tiga ahli keluarga tersebut tewas dan menemui ajal mereka akibat kesan kuat yang dialami setelah meminum racun yang dibuat oleh Dhio. Berita yang amat menyedihkan mengenai perkara ini selain kesanggupan membunuh ibu bapa adalah Dhea difahamkan tidak lama lagi menempuh alam perkahwinan.

Sememangnya satu tindakan yang tidak berperikemanusiaan oleh manusia yang tidak berhati perut.

Sumber: Portal Kompas, Merdeka, Tik Tok Liputan 6