Peminat Minta Tips Dapat Suami 'Handsome', Maryam Respon 'You Tanya Salah Orang'

Personaliti media sosial Maryam You Narae yang berasal dari Korea Selatan sememangnya amat dikenali dalam kalangan warga negara Malaysia. Bukan sahaja disebabkan merupakan isteri kepada rakyat Malaysia iaitu Rizal, wanita ini juga terkenal kerana amat disenangi atas sebab sifatnya yang peramah dan kelakar.


Baru-baru ini tular di media sosial mengenai respon Maryam terhadap soalan yang diajukan kepadanya semasa membuat live untuk meluangkan masa bersama dengan peminat-peminatnya.


Berkaitan dengan itu, seorang peminat bertanya kepada Maryam untuk berkongsi tips bagaimana hendak memperoleh suami yang 'handsome'. Maryam dengan selambanya berasa hairan dengan soalan tersebut kerana beranggapan suaminya hanyalah Nik Mohd Rizal. 

Video Penuh : KLIK DI SINI


Mengulas dengan lebih lanjut lagi, wanita tersebut mengatakan sekiranya dia mempunyai tips mendapatkan suami yang kacak semestinya pasangan hidupnya kemungkinan dalam kalangan artis terkenal Korea seperti aktor Park Seo Joon dan ahli kumpulan K-Pop BTS. 


Lantas, dengan penuh rileknya Maryam memberikan kesimpulan jawapan terhadap soalan tersebut dengan hanya mengatakan 'You tanya salah orang'.


Respon dan jawapan yang diberikan Maryam amat mencuit hati warga netizen kerana rata-rata mereka memahami lawak yang dimaksudkan oleh wanita tersebut. Selain itu juga, Maryam juga dipuji kerana kefasihannya berbahasa Malaysia menunjukkan peningkatan yang lebih baik berbanding sebelum ini.


Sumber: Kisah Dunia