Pakej Perpaduan Prabayar Internet Mudah Alih - KKD
Kementerian Komunikasi dan Digital telah memperkenalkan Pakej Perpaduan Prabayar Internet Mudah Alih iaitu satu pelan prabayar internet dengan hanya berharga RM30.
Inisiatif terbaru ini diumumkan oleh Menteri Komunikasi dan Digital iaitu Tuan Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil dan ianya bertujuan utama untuk mengurangkan kos ataupun bebanan hidup golongan rakyat yang disasarkan dalam kemampuan mereka memiliki perkhidmatan internet sebagai keperluan asas.
Berikut adalah maklumat terperinci mengenai Pakej Perpaduan Prabayar Internet Mudah Alih:
Harga
RM30
Kelajuan Internet
3 Mbps
Kuota Yang Diberikan
30GB untuk tempoh 6 bulan
Pakej ini pada asalnya berkelajuan 1Mbps dengan berkuotakan 20GB untuk tempoh tiga bulan. Namun, Kerajaan Perpaduan membuat penambahbaikan dengan meningkatkan pakej tawarannya dari segi kelajuan yang lebih tinggi dan tempoh penggunaan yang lebih lama.
Golongan Sasar
Pakej Perpaduan ini difokuskan terhadap golongan Belia, Orang Kurang Upaya (OKU), Warga Emas, Veteran Angkatan Tentera Malaysia dan Veteran Polis serta kumpulan B40.
Syarikat Telco Yang Terlibat Dalam Pakej Perpaduan
- Celcom
- Digi
- Maxis
- U Mobile
- Telekom Malaysia (TM)
- YTL Communications
Tarikh Pelancaran
Pakej ini akan dilancarkan dan mula berada di pasaran pada Februari 2023.
Secara keseluruhan mengenai Pakej Perpaduan Prabayar Internet Mudah Alih ini boleh dirujuk dalam kenyataan media oleh Kementerian Komunikasi Dan Digital seperti yang tertera di bawah:
Sumber: Menteri KKD, YB Fahmi Fadzil
👉Telegram Rasmi👈
PENAFIAN:
- Bahan yang admin kongsikan merupakan rujukan artikel sahaja. e-semasa tiada sebarang kaitan dengan agensi kerajaan ataupun mana-mana syarikat yang amat berkaitan dengannya. Segala rujukan hanyalah berpandukan sumber rasmi yang sahih saja.