MySejahtera - Ketahui Cara Buat Temujanji Klinik Kesihatan Secara Online!

Maklumat Asas

Aplikasi MySejahtera adalah platform yang disediakan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk kegunaan semua rakyat Malaysia dalam melaksanakan atau mengurus perkara-perkara yang berkaitan dengan kesihatan.

Umum mengetahui fungsi utama aplikasi ini ditubuhkan adalah sebagai wadah dalam memastikan penularan wabak Covid-19 dapat dikawal di mana setiap urusan yang perlu dilaksanakan boleh dilakukan secara online.

Untuk pengetahuan semua, aplikasi MySejahtera ini bukan sahaja berfungsi merekod dan menyimpan Sijil Vaksinasi Digital Covid-19. Aplikasi ini dilengkapi dengan pelbagai kefungsian yang sebenarnya amat memudahkan orang awam dalam mengendalikan pengurusan kesihatan mereka. 

Antara fungsi yang boleh diaplikasikan melalui MySejahtera ini adalah menempah temujanji kesihatan di Klinik Kerajaan yang berhampiran secara online. 

Lantaran itu, artikel ini akan berkongsi cara dan langkah yang perlu dilakukan untuk membuat temujanji kesihatan di Klinik Kesihatan Kerajaan yang hendak dipilih.

Cara-cara Membuat Temujanji Kesihatan Secara Online Melalui MySejahtera
  • Pastikan anda telah memasang aplikasi MySejahtera di telefon pintar yang digunakan.
*Pengguna Android boleh mendapatkannya di Google Playstore dan Apple di Appstore
  • Buka aplikasi MySejahtera anda
  • Dalam paparan Utama (Home) seperti yang tertera di bawah, pilih Digital Health / Kesihatan Digital
  • Selepas itu, pilih Clinic Appointment Booking seperti yang tertera di bawah
  • Skrin seperti di bawah akan terpapar. Mana-mana jenis boleh dipilih. Dalam contoh ini, QueueMed akan dipilih

  • Selepas itu, skrin seperti gambar di bawah akan dipaparkan. Seterusnya, pilih Klinik Kesihatan yang hendak dituju.
  • Tentukan lokasi yang sesuai dan berhampiran dengan tempat tinggal menggunakan Tapisan (Filter) yang disediakan dalam mod Carian (Search)

  • Setelah jumpa Klinik Kesihatan yang dikehendaki seperti paparan skrin di bawah, pilih butang Book Now
  • Selesai memilih Klinik Kesihatan, pilihan jenis Service akan dilakukan. 
  • Seperti yang dipaparkan dalam skrin di bawah, klik butang Book Now pada jenis rawatan yang dikehendaki
  • Berdasarkan paparan skrin di bawah, pilih tarikh temujanji yang dikehendaki mengikut perancangan yang telah dibuat
  • Seterusnya, klik butang Proceed
  • Selepas klik butang Proceed, slip temujanji akan disediakan dan ini bermaksud proses membuat temujanji secara online selesai dan berjaya.

Pastikan slip temujanji yang diterima itu disimpan sebaiknya sebagai bahan bukti kepada pihak Klinik Kesihatan bahawa temujanji secara online sememangnya telah dibuat. Pada masa yang sama, diingatkan agar kehadiran semasa temujanji perlu awal sekurang-kurangnya 30 minit dari waktu yang telah ditetapkan. 

Tempahan awal hendaklah dilakukan kerana sering kali slot akan penuh sekiranya hendak membuat tempahan pada minit-minit akhir. Kesimpulannya, berikut adalah cara yang boleh dilaksanakan apabila hendak membuat temujanji kesihatan secara online menggunakan aplikasi MySejahtera.

Semoga perkongsian ini memberikan manfaat kepada pembaca semua.

Sumber: EduBestari

👉Telegram Rasmi👈

PENAFIAN:
  • Bahan yang admin kongsikan merupakan rujukan artikel sahaja. e-semasa tiada sebarang kaitan dengan agensi kerajaan ataupun mana-mana syarikat yang amat berkaitan dengannya. Segala rujukan hanyalah berpandukan sumber rasmi yang sahih saja.