Bajet Mini 2023 RM 107 Bilion Diluluskan - Intipati Bajet Mini Untuk Rakyat

Hari ini, Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim telah membentangkan Bajet Mini 2023 yang perlu dilaksanakan pada awal tahun depan sebagai persediaan dalam pengurusan kewangan negara sebelum Bajet Tahun 2023 dibentangkan pada tahun hadapan.


Dewan Rakyat dengan sebulat suara telah meluluskan Bajet Mini 2023 tersebut dan keputusan ini dimaklumkan oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Johari Abdul apabila tiada sebarang perbahasan berlaku untuk usul Bajet Mini 2023 yang telah dibentangkan oleh Perdana Menteri.


Berikut adalah intipati Bajet Mini 2023 yang telah diluluskan:

Bayaran Bantuan Tunai Rakyat 2023 Fasa 1
  • Bayaran ini diawalkan pada Januari berbanding Mac
    • RM300 setiap isi rumah
    • RM100 penerima bujang

Bantuan Awal Persekolahan sebanyak RM 150
  • Bantuan untuk semua pelajar tanpa mengambil kira had pendapatan ibu bapa

Rancangan Makanan Tambahan & Pembelian Buku Teks
  • Diteruskan mengikut prosedur yang telah diluluskan sebelum ini

Bantuan Musim Tengkujuh
  • Tambahan bantuan selepas pemberian pada November dan Disember akan disalurkan pada Januari depan

Kenaikan Gaji Tahunan Tambahan Khas 2023 (Penjawat Awam)
  • Kenaikan sebanyak RM100 dari Gred 11 sehingga 56 diteruskan

Bantuan Khas Kewangan (Penjawat Awam)
  • Bantuan sebanyak RM700 kepada penjawat awam gred 56 ke bawah
  • Bantuan sebanyak RM350 kepada pesara kerajaan

Sumber: Astro Awani

👉Telegram Rasmi👈

PENAFIAN:
  • Bahan yang admin kongsikan merupakan rujukan artikel sahaja. e-semasa tiada sebarang kaitan dengan agensi kerajaan ataupun mana-mana syarikat yang amat berkaitan dengannya. Segala rujukan hanyalah berpandukan sumber rasmi yang sahih saja.