Menggunakan Semua Formula, Soalan Mudah Matematik '1+1' Diselesaikan Selama 24 Jam, Wow!
Peminat matematik yang amat terkenal di platform Youtube iaitu Hanao dan Dengan telah berkongsikan pengalaman mereka menyelesaikan soalan matematik paling senang di dunia iaitu '1+1' dengan menggunakan semua formula matematik dan fizik yang ada.
Dua individu tersebut tidak disangka telah mengambil masa selama 24 jam untuk akhirnya dapat membuktikan semua formula yang digunakan akan menghasilkan jawapan '2'.
Laporan Oddity Central menyatakan usaha mereka dalam penyelesaian soalan tersebut dikongsikan melalui video yang mereka hasilkan di laman Youtube.
Atas sebab utama hanya ingin membuktikan jawapan soalan '1+1' adlah '2', pelbagai jenis formula dikaitkan dan diaplikasikan sepenuhnya dalam membuat jalan penyelesaian.
Antara formula yang mereka gunakan adalah infinite series, elctromagnetism, thermodynamics dan trigonometric functions.
Langkah penyelesaian yang mereka lakukan sememangnya mengujakan semua peminat dan penonton video mereka itu kerana dinding dan lantai tempat mereka lakukan pengiraan dipenuhi dengan kertas bersaiz besar.
Dalam tempoh 24 jam Hanao dan Dengan dapat menemui jawapan yang memang adalah fakta dan muktamad terhadap soalan '1+1' iaitu '2'.
Sumber: Lobak Merah, Oddity Central