Mati Husnul Khatimah - Ustaz Dijemput Ilahi Semasa Bertazkirah
Kematian itu adalah satu kepastian. Seseorang makhluk yang bergelar manusia ataupun insan sudah ditentukan waktu ajalnya di mana ianya tidak dilambatkan mahupun diawalkan walau sesaat pun ketika berada di mana jua.
Dalam erti kata yang lain, ketentuan inilah yang dimaksudkan sebagai Qada' dan Qadar iaitu takdir. Begitulah yang terjadi baru-baru ini terhadap seorang Ustaz di Sumedang, Jawa Barat.
Rentetan itu, sebuah video tular kerana kandungan rakamannya menunjukkan ustaz yang dimaksudkan menghembuskan nafasnya yang terakhir ketika sedang menyampaikan tazkirah di sebuah majlis ilmu. Kejadian ini disaksikan oleh semua tetamu yang turut hadir memeriahkan majlis tersebut.
Insan mulia yang dikenali sebagai Ustaz Sutisna itu dikatakan sempat mengucapkan kalimah dua syahadah dan istighfar di panguan beberapa individu yang bersamanya sebelum beliau pergi. Menurut maklumat yang dikongsikan, punca Allahyarham meninggal adalah disebabkan oleh komplikasi jantung yang tengah dialami.
Kemuliaan Allahyarham juga dikatakan adalah seorang yang baik dan saat-saat akhir sebelum beliau pergi dikatakan majlis ilmu dan sesi tazkirah yang diadakan itu sempat bersama-sama dengan pihak jawatankuasa diuruskan.
Sememangnya satu pengakhiran yang dikatakan sebagai Husnul Khatimah. Al-fatihah.
Video Rakaman : KLIK DI SINI
👉Telegram Rasmi👈
Sumber: Youtube Liputan6 & Tik Tok sisno222