Makluman Untuk Semua - Sistem Bantuan JPKA Sabah Secara Online Bermula Januari 2023

👉Join Telegram Rasmi e-semasa👈

Maklumat Asas

Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am (JPKA Sabah) kini melaksanakan pembaharuan dalam operasi bantuan kewangan mereka iaitu mewujudkan satu sistem permohonan bantuan JPKA secara online yang difahamkan akan beroperasi pada 1 Januari 2023.

Tujuan utama pembaharuan ini diaplikasikan adalah untuk memberikan satu kemudahan kepada semua rakyat yang ingin memohon dengan penuh keselesaan serta efisiensi  yang baik terutamanya dalam perkara pengisian dan penghantaran maklumat.

Kewujudan sistem online ini secara langsungnya akan dapat memudahkan rakyat di Sabah yang memerlukan bantuan untuk mengemukakan permohonan, mengemaskini maklumat serta membuat semakan yang sepatutnya berkenaan dengan JPKA seperti tarikh menerima bantuan, lokasi pemberian dan sebagainya.

Berkaitan dengan itu, untuk pengetahuan umum, JPKA mempunyai pelbagai jenis bantuan yang dikhaskan kepada mereka yang berkelayakan. Berikut adalah senarai jenis bantuan tersebut:
  • Bantuan Am
  • Bantuan Anak Yatim
  • Bantuan Warga Emas
  • Bantuan Kanak-Kanak
  • Bantuan Penjagaan OKU / Terlantar / Pesakit Kronik Terlantar (BPT)
  • Elaun Pekerja Orang Kurang Upaya (EPOKU)
  • Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja
  • Bantuan Segera
  • Bantuan Anak Pelihara
  • Bantuan Latihan Perantis
  • Bantuan Sekaligus
  • Pengurusan Bantuan Bencana & Perkhidmatan Am

Syarat-syarat Permohonan

Berikut adalah syarat-syarat permohonan dalam bantuan JPKA ini:
  • Warganegara Malaysia
  • Warganegara yang bermastautin di Negeri Sabah
  • Tidak mempunyai pendapatan tetap
  • Tergolong dalam kalangan mereka yang dikategorikan sebagai:
    • Miskin
    • Balu
    • Janda
    • Warga Emas
    • Orang Kurang Upaya (OKU)
    • Mangsa Bencana
    • Mangsa Keganasan Rumah Tangga

Cara-cara Permohonan

Sekiranya anda tidak pernah membuat permohonan dalam JPKA ini, sila memohon seperti cara yang berikut:

Permohonan boleh dibuat dengan menghadirkan diri ke Pejabat Kebajikan Bahagian ataupun Daerah yang berdekatan dengan anda. Pastikan anda membawa:
  • Salinan Kad Pengenalan
  • Salinan Surat Lahir
  • Salinan Laporan Perubatan (Jika Berkaitan)
  • Salinan Surat Cerai
  • Salinan Sijil Mati Pasangan
  • Salinan No. Akaun Bank
*Semua salinan yang diperlukan perlu pengesahan oleh pihak berkuasa yang sepatutnya

Rujuk dengan pegawai yang sepatutnya di Pejabat Kebajikan yang dilawati semasa membuat permohonan.

Tempoh kelulusan diberikan adalah 1 bulan dari tarikh permohonan dihantar.

Makluman Penting Sistem Permohonan JPKA Online

Buat pengetahuan semua, bermula pada 1 Januari 2023, permohonan bantuan JPKA boleh dilakukan secara online melalui Portal Rasmi Permohonan yang disediakan.

Permohonan boleh dilakukan melalui Laman Web Rasmi JPKA : KLIK DI SINI

Sebarang maklumat lanjut berkenaan dengan JPKA boleh berhubung dengan talian berikut:

No. Tel. : 088-255 133

Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Sabah
Tingkat 6 & 8, Blok B, Wisma MUIS
88999 Kota Kinabalu Sabah
Malaysia

Semoga segala urusan permohonan anda dipermudahkan. Amin.

PENAFIAN:
  • Bahan yang admin kongsikan merupakan rujukan artikel sahaja. e-semasa tiada sebarang kaitan dengan agensi kerajaan ataupun mana-mana syarikat yang amat berkaitan dengannya. Segala rujukan hanyalah berpandukan sumber rasmi yang sahih saja.