Makluman - Tawaran Diskaun 50% Saman Trafik PDRM

Maklumat Asas

Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengumumkan tawaran pemotongan kadar saman yang telah dikeluarkan kepada mana-mana individu yang terlibat. Diskaun yang diberikan adalah sebanya 50%.


Tawaran ini dibuat bersempena dengan sambutan Hari Bertemu Pelanggan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik dan ianya boleh dilaksanakan oleh semua individu yang ingin mendapatkannya di semua kaunter trafik Daerah Kontinjen Selangor.


Berikut adalah maklumat perincian berkenaan dengan tawaran diskaun ini:


Kadar Diskaun
  • Pemotongan sebanyak 50%

Tempoh Pelaksanaan Tawaran Diskaun

Tarikh   : 20 sehingga 21 Disember 2022
Masa   : 8.00 pagi - 4.00 petang
Tempat   : Semua kaunter trafik Kontinjen Selangor

Makluman Penting

Terdapat beberapa saman yang TIDAK MENDAPAT TAWARAN DISKAUN seperti yang telah dinyatakan. Berikut adalah jenis saman yang tidak tersenarai dalam tawaran pemotongan ini:
  • Saman Kemalangan
  • Saman Bicara Mahkamah
  • Saman Berstatus Op Selamat
  • Saman Non-Compoundable (NC)
  • Saman Berkaitan Kenderaan Berat M / Lori
  • Saman Kesalahan Memotong Secara Merbahaya / Potong Barisan
  • Saman Langgar Lampu Isyarat
  • Saman Memotong Di Garisan Berkembar
  • Saman Pengubahsuaian Ekzos Kenderaan
  • Saman Menggunakan Lorong Kecemasan

Oleh itu, bagi mereka yang terlibat ataupun telah dikenakan saman oleh pihak PDRM, bolehlah rebut peluang pembayaran diskaun yang telah ditawarkan ini.
👉Telegram Rasmi👈

PENAFIAN:
  • Bahan yang admin kongsikan merupakan rujukan artikel sahaja. e-semasa tiada sebarang kaitan dengan agensi kerajaan ataupun mana-mana syarikat yang amat berkaitan dengannya. Segala rujukan hanyalah berpandukan sumber rasmi yang sahih saja.