Majlis Nikah Terpaksa 'Cancel' Sebab Mas Kahwin Yang Diminta Terlampau 'Demand'


Satu perkongsian di Tik Tok oleh wanita yang selalu digelar Kayees viral apabila semua persiapan yang telah dilakukannya menjelang hari pernikahan menjadi sia-sia apabila dibatalkan sebelum 3 hari lagi majlis dilancarkan.

Punca utama terbatalnya hari pernikahan itu dikatakan adalah sebab si 'lelaki' sebenarnya akan bernikah dengan seorang wanita pilihan orang tuanya.

Perkara ini menyebabkan perkongsian yang dibuat itu menjadi perbualan hangat dek kerana usaha yang telah dilakukan Kayees diibaratkan sebagai tiada penghargaan dan empati oleh pihak lelaki.

Video Perkongsian Kayees

Video Penuh: KLIK DI SINI

Namun, beberapa ketika selepas perkongsian Kayees, si 'lelaki' tampil dan memberikan penjelasan yang sebenarnya mengapa majlis pernikahan mereka dibatalkan dan ia adalah satu perkara yang tidak disangka-sangka

Menurut si 'lelaki', punca utama pernikahan itu dibatalkan adalah atas sebab pihak perempuan meminta pihak lelaki untuk menyediakan satu geran tanah sebagai mas kahwin yang haruslah dipenuhkan.

Pihak lelaki tidak dapat menurut permintaan itu di mana sekaligus menyebabkan perhubungan cinta Kayees dan 'lelaki' itu tidak dapat dipanjangkan ke alam pernikahan. Walaubagaimanapun, disebabkan persiapan yang telah dilakukan, majlis itu tetap dijalankan.

Menurut perkongsian yang dibuat, sepupu kepada si 'lelaki' akan berlakon sebagai 'pengantin perempuan' bagi tujuan menutup aib.

Video Perkongsian si 'lelaki'
Video Penuh: KLIK DI SINI

Video Perkongsian Sepupu Pengganti Perempuan
Video Penuh: KLIK DI SINI

Berikutlah cerita sebenar tentang perkara ini. Sememangnya satu kejadian yang amat pelik atas sebab beberapa punca dan bagaimana jalan penyelesaian dilakukan.

Sumber: Kisah Dunia