Kucing Yang Pertama Dilantik Sebagai Penjawat Awam? Wow!
Pejabat Perkhidmatan Cukai atau KPP Pratama Serpong di Tangerang Selatan, Indonesia telah membuat satu kelainan yang sememangnya boleh dikatakan unik dan mencuit hati kerana telah membuat satu pelantikan baru sebagai penjawat awam yang rasmi dalam organisasi mereka.
Staf terbaru mereka ini bukanlah seorang manusia. Sebaliknya ianya adalah seekor kucing yang digelar dan diberi nama sebagai Soleh.
Menerusi akaun rasmi Direktorat Jendeal (Ditjen) Percukaian Kementerian Kewangan, Soleh turut diberikan item penting penjawat awam iaitu 'kad pekerja'.
Serba-sedikit mengenai kucing ini dikatakan telah ditemui semenjak ia msih kecil lagi di KPP Pratama Serpong dan bulunya berwarna putih dan hitam.
"Soleh kini sudah menjadi staf kami," kata-kata yang dinyatakan dalam akaun Twitter.
Tugas utama Soleh dalam karyanya sebagai penjawat awam ini adalah menggembirakan dan menceriakan kakitangan serta pembayar cukai yang datang ke pejabat KPP di Pratama Serpong ini.
"Soleh sering dilihat melakukan 'tugasnya' di sekitar rakan sekerjanya lain. Seluruh ruang @pajakserpong adalah tempat kerja Soleh yang dilantik sebagai 'pelatih ahli meow', " ujar ciapan di Twitter itu dengan gaya yang berseloroh.
Sumber: Sinar Harian, Astro Awani