Koperasi TNB - Bantuan Pelajaran Yayasan Amal Tenaga

Maklumat Asas

Yayasan Amal Tenaga (YAT) telah mengumumkan inisiatif berbentuk bantuan pelajaran kepada golongan pelajar yang berkelayakan mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan.

Inisiatif yang diwujudkan ini terbuka kepada semua keluarga yang mempunyai anak ataupun tanggungan tengah melanjutkan pelajaran di peringkat sekolah rendah, sekolah menengah serta universiti secara sepenuh di mana-mana pusat pengajian yang diiktiraf.

YAT ini adalah yayasan yang ditubuhkan oleh pihak Koperasi Tenaga Nasional Berhad (TNB)

Maklumat Pembahagian & Syarat Kelayakan

Susunan dan aturan bantuan ini tertakluk dengan agihan serta syarat yang telah dimuktamadkan oleh pihak YAT. 

Berikut adalah susunan pembahagian bantuan YAT:

Bantuan Pelajaran RM 250
  • Terhad untuk 150 keluarga yang anak dalam pembelajaran peringkat sekolah rendah

Bantuan Pelajaran RM 500
  • Terhad untuk 250 keluarga yang anak dalam pembelajaran peringkat sekolah menengah

Bantuan Pelajaran RM 750
  • Terhad untuk 150 keluarga yang anak dalam pembelajaran sepenuh masa di mana-mana Universiti / Institut Pengajian Tinggi (IPT) yang diiktiraf

*Hanya salah satu kategori bantuan yang layak diperoleh oleh satu keluarga

*Permohonan lebih diutamakan kepada keluarga uang tidak pernah menerima apa-apa bantuan ataupun biasiswa daripada mana-mana pihak untuk tahun 2022

Cara-cara Permohonan

Keluarga yang berminat boleh mengemukakan permohonan mereka melalyu Borang Permohonan Bantuan yang disediakan oleh pihak YAT

Muat Turun Borang Permohonan - KLIK DI SINI

Permohonan perlu disertakan sekali dengan SALINAN dokumen-dokumen yang berikut:
  • Kad Pengenalan pemohon
  • Kad Pengenalan / Surat Kelahiran (kanak-kanak)
  • Kad Pengenalan Pemilik Akaun Bank
  • Nombor Akaun Bank / Slip Pengesahan Akaun
  • Sijil Cerai / Sijil Kematian (suami/isteri) (jika berkaitan)
  • Surat Pengesahan Pendapatan / Slip Gaji
  • Surat Pengisytiharan Pendapatan / Surat Akuan Sumpah
  • Surat Pengesahan dari universiti / sekolah

Bagi pemohon yang tidak mempunyai pendapatan tetap / bekerja sendiri diminta untuk mengisi borang pengisytiharan pendapatan yang disediakan dan mendapat pengesahan oleh Ketua Kampung Nazi / Nazir Masjid / Pengerusi Surau.

Borang permohonan yang lengkap perlu dihantar melalui POS SAHAJA ke alamat:

Yayasan Amal Tenaga
96, Jalan Bangsar
59200, Kuala Lumpur

Makluman Penting

Pemohon dikehendaki untuk memastikan borang permohonan diisi dengan lengkap dan benar. Semua salinan dokumen yang diperlukan hendaklah disahkan oleh Ketua Jabatan sebagai kepastian akan kebenaran maklumat yang dicatat.

Sebarang maklumat lanjut boleh berhubung dengan talian yang berikut:

Koperasi TNB

No. Tel. : +603-2282 4660

E-mel : membersmail@ktnb.com.my


PENAFIAN:
  • Bahan yang admin kongsikan merupakan rujukan artikel sahaja. e-semasa tiada sebarang kaitan dengan agensi kerajaan ataupun mana-mana syarikat yang amat berkaitan dengannya. Segala rujukan hanyalah berpandukan sumber rasmi yang sahih saja.