Kisah XBox Diumumkan Kali Pertama Kepada Dunia

Tahun 2000 antara satu detik bersejarah yang berlaku dalam dunia teknologi apabila syarikat gergasi IT Microsoft telah melancarkan produk permainan hasil ciptaan mereka tersendiri iaitu konsol video XBox.


XBox adalah konsol pertama hasil pengeluaran oleh syarikat dari Amerika selepas pengeluaran Atari Jaguar pada tahun 1996. Penubuhan konsol video permainan ini sememangnya untuk mencabar syarikat gergasi IT lain pada ketika itu seperti Playstation 2 oleh Sony, Sega Dreamcast dan Nintendo Gamecube.


Sememangnya zaman pengumuman XBox kepada dunia bersama dengan konsol permainan video yang lain merupakan 'era emas' dunia permainan video.


Kisah kewujudan idea XBox ini bermula apabila Seamus Blackley, Kevin Bachus, Otto Berkes dan Ted Hase memperkenalkan idea permainan video kepada Bill Gates pada tahun 1998. Pada fasa awalnya dikenali sebagai DirectX Box iaitu konsol berasaskan Windows 2000 dimana pemprosesan 2 kali lebih hebat daripada Playsation 2.


Persidangan Pembangun Permainan Video (GDC) pada tahun 2000 adalah titik permulaan XBox apabila Bill Gates mengumumkan projek besar Microsoft itu di peringkat global. Promosi yang aktif dipergiatkan selepas itu di mana peristiwa penting seperti pembelian Bungie Studios oleh Microsoft serta pembinaan franchise tersendri XBox iaitu Halo turut dilaksanakan.

15 November 2001 adalah tarikh XBox diumumkan kepada dunia apabila Dwayne 'The Rock' Johnson membantu Bill Gates memperkenalkan konsol permainan itu di Toys 'R' Us, Times Square, New York.


Pelancaran XBox menyaksikan orang ramai beratur untuk memiliki konsol permainan itu dan menurut maklumat yang dikongsikan, 1 juta unit XBox berjaya dijual dalam tempoh 3 minggu pertama dari tarikh pelancarannya.


Sumber: Britannica, Digital Trends, History Computer