Kisah Sejarah Pembukaan Terusan Suez - Terusan Buatan Manusia Terbesar Di Dunia
Terusan Suez mula dikenali dunia 153 tahun yang lalu iaitu pada November 1869 di mana upacara perasmiannya diketuai oleh Permaisuri Perancis Eugenie iaitu isteri kepada Napoleon III.
Kisah sejarah fasa kewujudan terusan ini bermula pada 1854 apabila bekas konsul Perancis ke Kaherah, Ferdinand de Lesseps membuat perjanjian bersama dengan Gabenor Uthmaniyah Mesir pada ketika itu untuk membuat sebuah terusan.
Terusan yang ingin dibina itu dikatakan merentas sejalur tanah genting Suez di timur laut Mesir dan ianya mempunyai kepanjangan sebanyak 160 km. Syarikat yang beroperasi melaksanakan pembuatan terusan ini diketuai oleh sepasukan jurutera antarabangsa yang berperanan melakar pelan. Hak operasi pembinaan terusan itu diberikan kepada syarikat pembuat selama 99 tahun.
April 1859 adalah tarikh permulaan fasa pembinaan terusan ini. Kerja-kerja awal mengorek kawasan yang telah dikenal pasti hanyalah menggunakan tenaga buruh kasar. Pekerja dari Eropah turut bersama dengan membawa jentera pengorak. Namun, atas sebab-sebab yang tertentu seperti pertikaian pekerja dan penyebaran wabak penyakit kolera telah memperlahankan proses pembinaan.
Awal pembukaan terusan Suez berkedalaman 25 kaki, 72 kaki lebar dan keluasan dasar permukaan sebanyak 200-300 kaki. Dimensi sedemikian hanya boleh direntas lebih kurang 500 buah kapal pada tahun pertama. Selepas 7 tahun pembukaan terusan Suez, operasi memperbesarkan saiz terusan ini dipergiatkan.
Tahun1882 Kerajaan British mula menjelajah ke bumi Mesir dan perjanjian Anglo-Mesir yang dimeterai pada 1936 memberikan kemerdekaan kepada Mesir. Walaubagaimanapun, hak milik penuh terhadap Terusan Suez kekal di tangan British sehinggalah mereka didesak keluar selepas Perang Dunia II.
Presiden Mesir Gamal Abdel Nasser memiliknegarakan Terusan Suez pada Julai 1956, tetapi pada Oktober tahun yang sama Israel bertindak menjajah terusan tersebut dan disertai oleh Perancis pada bulan berikutnya. Pihak PBB bertegas pada Mac 1957 dan telah mengarahkan Perancis dan Israel untuk berundur daripada zon terusan itu.
Terusan Suez terpaksa ditutup 10 tahun selepas 1957 atas sebab berlakunya Perang 6 Hari & penjajahan Israel terhadap Semenanjung Sinai. Selama 8 tahun Terusan Suez menjadi tempat pertembungan Israel-Mesir dek kerana Sinai terpisah oleh bahagian lain Mesir disebabkan geografi terusan itu.
Pada tahun 1975, Presiden Mesir Anwar el-Sadat membuka semula operasi Terusan Suez setelah mencapai persetujuan dalam rundingan damai dengan Israel.
Sehingga ke hari ini dikatakan berdozen kapal besar membawa muatan lebih 300 juta tan setahun melalui Terusan Suez setiap hari. Saluran yang diwujudkan dalam terusan ini memendekkan perjalanan laut antara Barat & Timur di mana sebelum ini memerlukan perjalanan merentasi benua Afrika melalui Laut Atlantik Selatan dan Selatan Laut Hindi.
Sumber: History