Pembunuhan Presiden AS John F. Kennedy
John F. Kennedy perarakan sebelum pembunuhan |
59 tahun yang lalu di pusat bandar Dallas melepasi bangunan Texas School Book Depository sekitar jam 12.30 tengahari terjadinya satu perisitwa penting dalam sejarah dunia iaitu kematian Presiden A.S. John F. Kennedy setelah ditembak oleh seorang penembak hendap dari tingkat 6 bangunan sekolah tersebut.
John Fitzgerald Kennedy adalah Presiden A.S. yang ke-35 di mana latar belakang beliau dalam keduniaan politik sememangnya dari keluarga yang amat berpengaruh. Beliau memperoleh pendidikan elit dan dikenali sebagai seorang wira dalam peperangan sebelum menceburkan dirinya dalam arena politik buat kali pertama sebagai ahli Kongres & Senat.
Pelantikan beliau sebagai Presiden A.S. menjadi sejarah kerana merupakan yang termuda dilantik menjadi pemimpin di negara itu. Perkhidmatan beliau menjadi sanjungan pelbagai pihak sehingga kini atas ketegasan dalam mendepani krisis Perang Dingin di Cuba dan Vietnam, pembaharuan dalam sektor perkhidmatan awam serta pergerakan hak sivil.
Kematian beliau pada 22 November 1963 adalah sewaktu berarak bersama dengan isterinya Jacqueline. Perarakan di kereta yang dinaiki beliau menjadi pendedahan yang amat mudah apabila penembak hendap dengan tepatnya menembak Kennedy sehingga menyebabkan kecederaan parah di leher dan kepala di mana sekaligus menyebabkan kematian.
Pada hari yang sama jam 2.39 petang, Naib Presiden Lyndon Johnson mengangkat sumpah sebagai Presiden A.S yang ke-36 di dalam pesawat Air Force One bersaksikan 30 orang.
Susulan 1 jam selepas kematian Kennedy, seorang lelaki berusia 24 tahun bernama Lee Harvey Oswald ditahan untuk dibawa ke penjara. Perjalanan beliau ke penjara selepas 2 hari menjadi pengakhiran apabila pemilik kelab malam John Ruby bertindak menembak Oswald sehingga mati.
Lee Harvey Oswald |
Kejadian ini mengatakan Ruby hendak mengelakkan kes pembunuhan Kennedy menjadi konspirasi besar walaupun Ruby sendiri telah menafikannya.
Walaubagaimanapun, Ruby dijatuhkan hukuman mati namun kemudian telah dibatalkan. Dia meninggal dunia pada tahun 1967 akibat kanser paru-paru. Kematiannya menyebabkan perbicaraan kes pembunuhan Kennedy tidak dapat dijalankan.
John Ruby |
Lantaran itu, Laporan Suruhanjaya Warren pada 1964 menyimpulkan bahawa pembunuhan Kennedy adalah tindakan sendiri oleh Oswald dan Ruby. Akan tetapi, sehingga ke masa ini, laporan tersebut tidak diterima sepenuhnya dan masih berbagai-bagai spekulasi dan teori konspirasi pembunuhan Kennedy masih rancak diperdebatkan.
Sumber: History, Britannica ; Sumber Foto: History, Britannica