Belanjawan Pertama Negara Malaysia 1964

Tan Siew Sin sebelum pembentangan Belanjawan 1964
Sebelum Malaysia diisytiharkan kepada dunia, Persekutuan Tanah Melayu adalah nama yang digunakan bermula dari tahun kemerdekaan iaitu 1957 sehinggalah 1963. Dalam tempoh 7 tahun sebagai Persekutuan Tanah Melayu, tiga belanjawan sudah dibentangkan iaitu:
  • Belanjawan 1960 pada 25 November 1959
  • Belanjawan 1961 pada 30 November 1960
  • Belanjawan 1962 pada 21 Disember 1961

Setelah Malaysia mendapat namanya pada 1963, belanjawan pertama yang menggunakan nama Persekutuan Malaysia dibentangkan pada 16 Disember 1963. Belanjawan ini dikenali sebagai Belanjawan 1964 dan ianya dibentangkan oleh Menteri Kewangan Tun Tan Siew Sin. 

Pembentangan yang dilakukan pada tarikh yang dinyatakan adalah kali ke-4 oleh Menteri Kewangan di Dewan Rakyat. Jumlah peruntukan dalam belanjawan ini difahamkan sebanyak $1.47 bilion di mana 1.254 bilion untuk pembangunan Semenanjung, 42 juta untuk Sabah, 53 juta untuk Sarawak dan 78 juta dikhaskan kepada perkhidmatan perbekalan dengan Singapura.

Selain itu, intipati utama belanjawan ini memperuntukkan:
  • 256.5 juta kepada Kementerian Pertahanan
  • 28.9 juta kepada Kementerian Pembangunan Luar Bandar
  • 256 juta kepada Sektor Pendidikan

Belanjawan ini juga diluluskan oleh pihak kerajaan untuk memperuntukkan amaun sebanyak 30 juta bagi tujuan pembinaan rumah kakitangan kerajaan di Kuala Lumpur, rumah pangsa serta kos rendah kepada golongan rakyat yang berpendapatan rendah.

Sumber: Arkib Negara Malaysia

👉Telegram Rasmi👈