Kerjanya Hanya 6 Bulan Sekali & Gaji Dibayar RM80,000 Sehari? Wow!
Dunia pekerjaan pada zaman ini terbahagi kepada pelbagai profesionalisme dan bidang. Setiap kepakaran dalam pekerjaan itu amatlah berbeza mengikut kemahiran yang diperlukan dan hal ini secara langsungnya akan memberi kesan terhadap kadar upah ataupun bayaran yang akan diperoleh.
Umumnya semua individu di dunia ini menginginkan satu jenis pekerjaan yang memberikan gaji begitu lumayan. Walhal, sekiranya pekerjaan yang dilakukan itu pula tidak terlalu sibuk dan hanya secara berkala, semestinya ianya akan menjadi impian bagi semua manusia di dunia ini.
Berkaitan dengan itu, hal ini boleh dikatakan tidak logik namun sememangnya terdapat satu jenis pekerjaan di dunia ini telah dikenalpasti hanya dilakukan secara berkala dan mempunyai bayaran yang lumayan. Untuk pengetahuan semua, kerja terebut hanya perlu dilakukan 6 bulan sekali dan bayarannya sebanyak RM80,000 sehari. Wow!
Pekerjaan tersebut adalah tukang tukar mentol iaitu kena memanjat menara TV setinggi 1,500 kaki sambil memikul segala peralatan elektrik yang semestinya begitu berat. Pekerjaan ini hanya perlu menggantikan mentol yang perlu ditukar dan sehari melakukannya akan mendapat bayaran RM80,000.
Apabila difikirkan memang lumayan pekerjaan ini kerana dalam masa sehari pendapatannya sebanyak RM80,000. Hal ini ibaratnya boleh mengalahkan mereka yang berpendapatan kasar sebanyak RM40,000 dalam tempoh setahun.
Walaubagaimanapun, sebab utama bayarannya setinggi amaun yang telah dinyatakan adalah kerana risiko kemalangan yang akan dialami begitu tinggi sehinggalah menyebabkan maut. Tambahan pula, kepakaran yang diperlukan adalah terhadap mereka yang serba tahu dalam bidang elektrik.
Melihat kepada gambar yang disertakan memanglah perlukan pembayaran yang begitu tinggi kerana menyelesaikan tugas dalam kerja tersebut amatlah merbahaya dan memerlukan insentif yang lumayan.
Sumber: Mingguan Wanita
Video Rakaman Kerja : KLIK DI SINI
👉Telegram Rasmi👈