Kabinet Kerajaan Perpaduan Anwar - Senarai Menteri & Kementerian
Pada jam 8.15 malam tadi, Perdana Menteri Malaysia yang Ke-10, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan senarai kabinet kerajaan pimpinannya yang akan menerajui negara Malaysia bagi tempoh 5 tahun yang akan mendatang.
Secara ringkasnya, seperti yang telah dikatakan oleh Perdana Menteri sebelum ini bahawa kabinet kerajaan beliau akan semakin kecil dari segi bilangan menteri dan kementeriannya. Berkaitan dengan itu, Kabinet Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim setelah diumumkan oleh beliau sendiri terdiri daripada 28 Kementerian yang diterajui oleh seorang Perdana Menteri dan dua orang Timbalan Perdana Menteri.
Berikut adalah senarai lengkap Kementerian Kerajaan Perpaduan dan Menteri:
Perdana Menteri & Menteri Kewangan
- Anwar Bin Ibrahim
Timbalan Perdana Menteri & Menteri Kemajuan Desa Dan Wilayah
- Ahmad Zahid Hamidi
Timbalan Perdana Menteri & Menteri Perladangan Dan Komoditi
- Fadillah Bin Yusof
Menteri Pengangkutan
- Loke Siew Fook
Menteri Pertanian Dan Keterjaminan Makanan
- Mohamad Bin Sabu
Menteri Ekonomi
- Rafizi Bin Ramli
Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan
- Nga Kor Ming
Menteri Pertahanan
- Mohamad Bin Haji Hasan
Menteri Kerja Raya
- Alexander Nanta Linggi
Menteri Dalam Negeri
- Saifuddin Nasution Bin Ismail
Menteri Perdagangan Antarabangsa Dan Industri
- Tengku Zafrul Bin Tengku Abdul Aziz
Menteri Pendidikan Tinggi
- Mohamed Khaled Bin Nordin
Menteri Sains Dan Teknologi
- Chang Lih Kang
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat
- Nancy Binti Shukri
Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup
- Salahuddin Bin Ayub
Menteri Undang-Undang Dan Reformasi Institusi
- Azalina Binti Othman
Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar Dan Perubahan Iklim
- Nik Nazmi Bin Nik Ahmad
Menteri Pembangunan Usahawan Dan Koperasi
- Ewon Benedick
Menteri Luar Negeri
- Zambry Bin Abd Kadir
Menteri Pelancongan
- Tiong King Sing
Menteri Komunikasi Digital
- Ahmad Fahmi Bin Mohamed Fadzil
Menteri Pendidikan
- Fadhlina Binti Sidek
Menteri Perpaduan Negara
- Ago Anak Dagang
Menteri Agama
- Mohd Na'im Bin Haji Mokhtar
Menteri Belia Dan Sukan
- Yeoh Tseow Suan
Menteri Sumber Manusia
- Sivakumar A/L Varatharaju Naidu
Menteri Kesihatan
- Zaliha Binti Mustafa
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Sabah Dan Sarawak)
- Armizan Bin Mohd Ali
PENAFIAN:
- Bahan yang admin kongsikan merupakan rujukan artikel sahaja. e-semasa tiada sebarang kaitan dengan agensi kerajaan ataupun mana-mana syarikat yang amat berkaitan dengannya. Segala rujukan hanyalah berpandukan sumber rasmi yang sahih saja.