Jom Ketahui Cara Order Starbucks!

Maklumat Asas

Starbucks adalah satu syarikat yang sangat popular dengan minuman kopi. Produk kopi yang dihasilkan boleh dianggap antara yang terbaik secara global dari segi kualiti dan proses penyediaan.


Perkara ini dengan sinonimnya menjadikan Starbucks antara syarikat minuman yang paling diminati dalam kalangan orang awam. 


Lantaran itu, semestinya masih ramai lagi yang tidak pernah mencuba minuman kopi Starbucks ini. Justeru, untuk kali pertama cuba merasainya pasti prosedur dan cara-cara membuat tempahan (order) di kaunter Starbucks tidak diketahui bagaimana untuk dilakukan.


Oleh itu, berikut adalah tips dan cara yang boleh diaplikasikan semasa hendak order produk (minuman/makanan) Starbucks.


Cara & Tips Order Produk Starbucks


Senarai Menu

Pertama sekali anda kena perasan dan biasakan senarai menu yang terdapat di Starbucks. Semasa berada di kaunter, umumnya berikut adalah 5 kategori menu yang ada disediakan:
  • Coffee (Hot/Cold)
  • Tea (Hot/Cold)
  • Chocolate
  • Frappe (Ice Blended)
  • Juices

Nama & Terma Saiz Cawan

Selepas itu, perkara asas yang kena juga diketahui semasa hendak order Strabucks adalah terma / panggilan bagi setiap saiz cawan. Untuk pengetahuan, nama yang digunakan oleh Starbucks bagi saiz cawan adalah secara tersendiri iaitu:
  • Saiz Short - Tall (Starbucks)
  • Saiz Medium - Grande (Starbucks)
  • Saiz Large - Venti (Starbucks)
Menu Starbucks

Menu Starbucks seperti yang telah dinyatakan berbeza mengikut kategori jenis minuman. Seperti yang diketahui, produk utama & popular Starbucks adalah minuman kopi.

Walaubagaimanapun, anda juga boleh order minuman jenis selain kopi yang terdapat di Starbucks seperti coklat & teh.

Berikut adalah menu yang umumnya anda akan dapat lihat di kaunter Starbucks:
Menu Kopi

Menu Coklat & Teh
Sekiranya anda order minuman kopi, ketika selesai memilih jenis minuman yang anda hendak order, pekerja di kaunter umumnya akan bertanya berkenaan dengan PERASA TAMBAHAN yang anda ingin letak dalam minuman anda.

Tips untuk perkara ini adalah sekiranya kali pertama anda tidak perlulah pilih dan tentukan lagi segala jenis perasa tambahan yang hendak diletakkan.

Sebolehnya dengan merujuk gambar di bawah, anda hanya perlu order jenis perasa tambahan yang dibulatkan warna merah,
Pilihan Perasa Tambahan

Ejaan Nama Pada Cawan

Proses terakhir apabila anda selesai order minuman adalah barista akan bertanyakan nama yang perlu dituliskan pada cawan anda. Barista tersebut akan menulisnya dan jikalau boleh sekiranya terdapat kesalahan dari segi ejaan terutamanya dalam tulisan di cawan anda, tidak perlulah dihebohkan.

Akhir sekali, order anda sudah siap dan selamat menjamu selera minuman Starbucks anda!

Kesimpulannya, cara dan tips order minuman Starbucks boleh diringkaskan seperti yang berikut:
  • Bertanyakan tentang promosi yang masih dalam tempoh aktif
  • Pilih kategori minuman (Kopi, Teh, Coklat, Frappucino)
  • Pilih saiz cawan (Tall, Grande, Venti)
  • Bayar & berikan nama yang hendak ditulis
  • Ambil order anda
Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada anda.

Sumber: myjoe