Jom Daftar Akaun Di SPRN (TEDUH) - Sistem Permohonan Rumah Mampu Milik

Maklumat Asas

Sistem Pengurusan Rumah Negara (SPRN) adalah struktur dalam talian yang dibangunkan oleh pihak Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan (KPKT) bagi memudahkan pengurusan dalam hal pemilikan serta pembelian rumah oleh rakyat Malaysia.

Terdapat pelbagai bantuan yang ditawarkan oleh pihak KPKT dalam hal pemilikan rumah kepada rakyat Malaysia di mana ianya terdiri daripada berbagai-bagai Skim Perumahan iaitu:
  • Program Perumahan Rakyat Disewa (PPR Disewa)
  • Program Perumahan Rakyat Dimiliki (PPR Dimiliki)
  • Skim Perumahan Pinjaman (SPP)
  • Rumah Transit (RT)

Pengurusan dalam talian ini dijalankan melalui pembinaan Portal Rasmi yang dikenali sebagai TEDUH. Fungsi portal ini adalah saluran utama dalam penyampaian maklumat tentang projek-projek dan program-program perumahan awam dan swasta yang dilaksanakan di dalam negara.

Oleh itu, kepada rakyat Malaysia yang belum mendaftar dalam SPRN ini, jom daftarkan akaun anda di portal rasmi TEDUH agar perancangan anda dalam pemilikan dan pembelian rumah mampu milik dapat dilaksanakan melalui permohonan yang disediakan dengan teratur dan sistematik di bawah seliaan pihak kerajaan.

Cara-cara Mendaftar di SPRN

Pendaftaran SPRN boleh dilaksanakan melalui pautan di bawah:

Pautan pendaftaran SPRN : KLIK DI SINI

Portal Rasmi Pendaftaran SPRN
  • Klik Daftar Akaun
  • Masukkan maklumat yang berikut:
    • Nama
    • No. Kad Pengenalan
    • Alamat e-mel yang digunakan
  • Selesai mengisi maklumat yang diperlukan dengan lengkap, klik Daftar untuk menghantar pendaftaran anda

Anda seterusnya boleh menyemak e-mel yang didaftarkan untuk membuat pengesahan.

Setelah selesai pengesahan, anda sudah mempunyai akaun di SPRN untuk seterusnya membuat permohonan bantuan rumah mampu milik mengikut kriteria yang ditetapkan.

Permohonan dalam Skim Perumahan yang disediakan oleh SPRN adalah berbeza-beza dan ianya tertakluk kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan.

Bagi yang sudah selesai mendaftar dalam SPRN, berikut adalah cara memohon Skim Perumahan yang terdapat dalam inisiatif SPRN ini.


PENAFIAN:
  • Bahan yang admin kongsikan merupakan rujukan artikel sahaja. e-semasa tiada sebarang kaitan dengan agensi kerajaan ataupun mana-mana syarikat yang amat berkaitan dengannya. Segala rujukan hanyalah berpandukan sumber rasmi yang sahih saja.