Izzue Islam Terkilan & Geram Tindakan Kurang Sopan Peminat Melamarnya Di Depan Isteri
Setiap pasangan suami dan isteri yang mendirikan rumah tangga sudah pastinya inginkan cahaya mata dalam keindahan rumah tangga yang dibina. Namun, kurniaan rezeki seorang anak itu hanyalah dari ketentuan Tuhan yang Maha Esa.
Izzue Islam amat dikenali sebagai seorang pelakon dalam industri perfileman negara. Beliau mendirikan rumah tangga bersama wanita pilihan hatinya iaitu Awin Pilu. Rumah tangga yang mereka bina sudah lama didirikan dan kini kurniaan zuriat bukanlah seperti yang mereka harapkan.
Apabila ditanyakan soalan berkenaan dengan jalan alternatif iaitu mengambil anak angkat, Izzue menyatakan bahawa dirinya sedikit gusar dan ragu-ragu untuk menjaga zuriat orang lain. Pada masa yang sama, isterinya pun dikatakan masih belum bersedia untuk ke arah tersebut.
Pada tahun 2022 ini Izzue dan isteri pernah dikejutkan oleh satu situasi yang amat mengejutkan buat mereka berdua kerana difahamkan pada pertengahan tahun ini, semasa mereka menghadiri jemputan event, tiba-tiba seorang wanita datang mendekati mereka berdua.
Wanita tersebut dengan sewenang-wenangnya di hadapan Izzue dan Awin menawarkan diri untuk menjadi isteri kedua pelakon lelaki itu. Walhal, wanita itu juga berkata dia akan menghadirkan zuriat untuk aktor tersebut. Perkara ini secara langsungnya menyebabkan Izzue dan pasangannya terkilan dan tidak mengetahui tujuan utama ataupun motif wanita itu bertindak sedemikian.
Luahan Izzue berkenaan isu wanita itu |
Lantaran itu, Izzue memberi pesanan kepada mana-mana wanita agar tidak bertindak sedemikian terutamanya terhadap pasangan suami isteri yang sudah berumah tangga. Malah, Izzue pada masa yang sama menegaskan untuk seeloknya sebagai wanita perlulah ada kesopanan dan sentiasa berbudi bahasa.
Sumber: Kisah Dunia