Geran Insentif Agropelancongan Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia

Maklumat Asas

Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) telah mengumumkan inisiatif geran berbentuk insentif kepada semua pengusaha agropelancongan yang bisnes utamanya adalah dalam perniagaan berasaskan buah nanas.

Pemberian insentif ini berfokuskan kepada produk-produk tertentu yang dihasilkan oleh usahawan agropelancongan. Berikut adalah jenis hasil / produk yang terkandung dalam taklukan insentif ini.
  • Produk Berasaskan Makan
  • Produk Berasaskan Inapan Desa (Homestay)
  • Produk Berasaskan Kraftangan/Kraftani
  • Produk Berasaskan Ladang & Kebun

Untuk makluman, kadar bantuan yang akan diberikan adalah sebanyak RM200,000 maksimum kepada setiap pemohon yang berkelayakan dan diterima.

Insentif ini juga mempunyai skop pembiayaan yang telah ditetapkan iaitu:
  • Jalan crusher run, mini tar dan pembaikan laluan masuk
  • Pembinaan dan baik pulih surau
  • Pengindahan landskap sedia ada
  • Pembinaan serta naik taraf galeri jualan, tandas awam, kawasan informasi pengunjung dan dewan
  • Pembinaan serta baik pulih papan tanda
  • Pembinaan serta naik taraf sistem perparitan dan perpaipan di kawasan yang berkaitan
*Skop secara kombinasi atau berasingan bergantung dengan ketetapan terma dan syarat

Syarat-syarat Permohonan

Berikut adalah syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan dalam tawaran bantuan ini:
  • Warganegara Malaysia
  • Berusia 21 tahun ke atas
  • Pengusaha dalam agropelancongan yang asas utama keusahawanaan adalah:
    • Projek penanaman nanas
    • Pemprosesan makanan dan bukan makanan berasaskan nanas
    • Kraftangan / kraftani berasaskan nanas
    • Penyediaan penginapan seperti Homestay berkonsepkan agronanas
  • Perniagaan yang telah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sama ada di bawah Akta Syarikat 1965 (Akta 125) atau enterprise yang diperbadankan di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 (Akta 197)
  • Koperasi yang pendaftarannya diperakukan dalam Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM)
  • Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia
  • Pengusaha-pengusaha di bawah kategori pengusaha kecil dan mikro iaitu yang memperoleh nilai jualan tahunan kurang tidak melebihi RM 3 juta.
  • Bersedia memberikan kerjasama kepada pegawai pemeriksa semasa pemantauan dibuat

Cara-cara Permohonan

Individu / Peniaga agropelancongan nanas yang berminat boleh mengemukakan permohonan melalui Borang Permohonan yang disediakan oleh pihak LPNM.

Muat turun borang permohonan - KLIK DI SINI

Contoh Borang Permohonan

Borang permohonan tersebut hendaklah diisi dengan lengkap dan jelas agar permohonan yang dihantar dapat diproses untuk tindakan susulan.

Borang yang lengkap diisi hendaklah dihantar ke mana-mana pejabat LPNM Wilayah atau Negeri yang berdekatan.

Maklumat Lanjut

Sebarang maklumat lanjut boleh berhubung dengan talian berikut:

No. Tel. : 07-236 1211

Alamat e-mel : umum@mpib.gov.my


Semoga urusan permohonan anda dipermudahkan. Amin.

👉Telegram Rasmi👈

PENAFIAN:
  • Bahan yang admin kongsikan merupakan rujukan artikel sahaja. e-semasa tiada sebarang kaitan dengan agensi kerajaan ataupun mana-mana syarikat yang amat berkaitan dengannya. Segala rujukan hanyalah berpandukan sumber rasmi yang sahih saja