'Cemburu luar tempat' - Wanita Luah Adik Ipar 'Over-Mesra' Dengan Suami Dan Cemburu Yang Overdose


Melalui perbicaraan di akaun @ConfessTweetMY, terdapat satu kisah yang sememangnya adalah di luar jangkaan fikiran kita apabila sudah mencapai kedewasaan lebih-lebih lagi sekiranya sudah mendirikan rumah tangga.

Luar biasa keeadaan dan situasi yang tidak disangka itu telah dikongsikan oleh seorang wanita di akaun Twitter tersebut iaitu baru sahaja dua bulan mendirikan rumah tangga sudah kini menghadapi satu situasi yang amat rumit untuk ditangani.

Keadaan rumit yang dihadapi itu adalah adik iparnya yang terlalu manja selama ini dengan suaminya sentiasa merasa cemburu yang amat sangat terhadap hubungan rumah tangga mereka.

Sebagai contoh, wanita tersebut menceritakan apabila dia dan suaminya berpegangan tangan kelihatan si adik ipar itu menjeling-jeling seakan-akan menunjukkan dirinya yang tidak puas hati dengan kemesraaan mereka.

Selain itu juga, adik iparnya akan sentiasa ingin duduk di depan apabila mereka menaiki kereta sehinggakan wanita berkenaan terpaksa mengalah dan duduk di belakang. Walaupun si suami menasihati dengan baik berulang kali, si adik ipar tetap berkeras dan akan merajuk sebagai tanda tidak puas hati dan protes.

Apa yang lebih merumitkan keadaan sehingga bagi admin dapat mengeruhkan hubungan kekeluargaan ialah si adik ipar akan meminta benda yang sama sekiranya si suami menghadiahkan sesuatu. Tambahan pula, perasaan ketidakpuasan hati si adik ipar itu juga pernah ditunjukkannya lagi apabila tidak mahu datang ke 'family day' keluarga mereka hanya atas sebab wanita itu turut serta.

Namun, perkara yang sebenarnya lagi paling amat tidak patut dilakukan oleh si adik ipar ialah sekiranya mereka balik kampung, si adik ipar akan mahu tidur bersebelahan dengan suaminya. Hal ini diluahkan oleh wanita tersebut kepada suaminya bahawa dirinya merasakan tiada kehidupan sebagai suami isteri atas sebab 'privacy' yang terganggu. Malah, wanita juga itu mengatakan keistimewaannya sebagai seorang isteri juga dirasakan tidak dihormati oleh si adik ipar itu.

Sememangnya satu masalah yang rumit tengah dihadapi wanita ini. Semoga beliau tabah menghadapinya dan dapat menyelesaikannya dengan baik.

👉Join Telegram Rasmi e-semasa👈

Sumber: Lobak Merah