Cara Memperbaharui Kad Maybank Tamat Tempoh Secara Online!
Kad Maybank anda telah tamat tempoh?
Tiada masa lapang untuk mengurus ke bank? Tiada kenderaan untuk ke bank?
Jangan risau kerana Kad Maybank yang tamat tempoh ini boleh juga diurus secara atas talian.
Cukup mudah dan pantas!
Berikut adalah cara-cara memperbaharui Kad Maybank secara atas talian:
- Log in di Portal Rasmi Maybank2u
- Klik pada 'Setting'
- Kemudian, klik 'Card'
- Pilih 'Debit Card - Replace, Activate & Block'
- Klik '...' (titik 3) di sebelah kanan dalam kotak
- Pilih 'Replace Card'
- Isi alamat anda bagi tujuan penghantaran kad baru.
- Klik pada 'T&C' untuk setuju dan seterusnya pilih 'Replace Card'
- Pilih 'Request SMS TAC' dan isi TAC yang diterima dalam ruangan disediakan
- Masukkan nombor TAC yang diterima dan klik 'Confirm'
Selesai! Kebiasaannya Kad Maybank baru anda akan dihantar/dipos dalam tempoh masa 3 hari bekerja.
Pastikan alamat yang anda letakkan itu merupakan lokasi yang sememangnya aktif dan mudah untuk proses penghantaran oleh pihak delivery company.
Caj bayaran sebanyak RM 12.00 akan dikenakan secara automatik dan melalui penolakan amaun dari akaun simpanan anda.
Selamat mencuba! Semoga dipermudahkan segala urusan anda!
Sumber: Mira Badrul/ Masam Masam Manis (Facebook)