Cara Melakukan Mandi Wajib Yang Betul Mengikut JAKIM
Mandi wajib ataupun dikenali sebagai mandi junub adalah perbuatan mensucikan diri serta mengangkat diri daripada kotoran yang dikenali sebagai hadas besar.
Seseorang muslim itu wajib mandi junub sekiranya mereka telah melakukan sesuatu perbuatan ataupun perkara yang boleh menyebabkan diri mereka berhadas besar. Hal ini kerana Islam tidak membenarkan ataupun dijatuhkan hukuman haram untuk menunaikan solat sekiranya masih dalam keadaan berjunub.
Justeru, mari ketahui dengan lebih lanjut berkenaan perkara mandi wajib dan cara-cara melaksanakannya. Proses / prosedur pelaksanaan yang dikongsikan ini adalah dengan berdasarkan tunjuk cara yang diperoleh dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
Sebab / Punca Mandi Wajib Perlu Ditunaikan
Seseorang muslim dikehendaki menunaikan mandi wajib apabila mereka berada dalam keadaan yang berikut iaitu:
- Bersetubuh
- Selesai Tempoh Haid / Nifas
- Keluar Air Mani
- Orang Kafir yang Memeluk Islam
- Kematian / Jenazah
Berkaitan dengan itu, berikut pula adalah cara-cara menunaikan mandi wajib.
Cara-cara Menunaikan Mandi Wajib
- Niat apabila air sampai ke tubuh. Untuk pengetahuan, niat adalah bergantung dengan individu masing-masing. Sekiranya tidak mampu berniat dalam Bahasa Arab, dibolehkan untuk berniat mengikut bahasa masing-masing
- Selpeas berniat, baca kalimah Basmalah. Seperti niat juga, sekiranya tidak mampu melafazkan kalimah Basmalah dengan baik, dibolehkan juga membacanya mengikut bahasa masing-masing.
- Selesai membaca "Bismillahirrahmanirrahim", cuci tangan sebanyak tiga (3) kali.
- Selepas itu kemaluan dicuci menggunakan tangan kiri.
- Kemudian, tangan kiri itu dibersihkan / disucikan dengan sabun.
- Berwuduk iaitu wuduk yang biasa dilakukan sebelum menunaikan solat.
- Basuh kepada 3 kali dengan air iaitu mengusap rambut secara meratakan kepala.
- Selepas itu, basuh tubuh badan bahagian kanan.
- Kemudian, ratakan air ke seluruh tubuh badan. Pastikan setiap celahan-celahan dan juga bulu-bulu di seluruh anggota tubuh badan dibasahi dengan air yang diratakan itu.
- Setelah itu, ambil wuduk semula sekiranya ingin menunaikan solat dan sekiranya tidak amalan mandi wajib yang dilaksanakan selesai.
Begitulah cara-cara dan langkah-langkah yang perlu dilakukan apabila hendak menunaikan mandi junub semasa berhadas besar.
Semoga perkongsian ini serba sedikit dapat membantu dalam mengamalkan gaya hidup Islam yang komprehensif dan penuh kelengkapan.
👉Telegram Rasmi👈