Cara-cara Memohon Skim Perumahan SPRN - Bantuan Rumah Mampu Milik

Pemohon yang telah mendaftar akaun mereka dalam Sistem Pengurusan Rumah Negara (SPRN) boleh mula memohon Skim Perumahan yang disediakan dalam inisiatif bantuan ini.


Berikut adalah skim perumahan yang ditawarkan oleh pihak kerajaan dalam SPRN:
  • Program Perumahan Rakyat Disewa (PPR Disewa)
  • Program Perumahan Rakyat Dimiliki (PPR Dimiliki)
  • Skim Perumahan (SPP)
  • Rumah Transit (RT)

Setiap skim yang ditawarkan mempunyai syarat-syarat dan kriteria yang telah ditetapkan. Mereka yang berkelayakan digalakkan untuk memohon agar ianya dapat membantu dalam menanggung kos beban memiliki rumah yang saban tahun semakin meningkat harganya.

Untuk menghantar permohonan, pastikan anda telah Mendaftar Akaun dalam pangkalan data SPRN yang boleh dilaksanakan melalui Portal Rasmi TEDUH.

Sekiranya belum mendaftar, rujuk cara-cara pendaftaran melalui pautan yang disediakan.


Cara-cara Memohon Skim Perumahan SPRN

Berikut adalah langkah-langkah memohon Skim Perumahan SPRN.
  • Daftar Akaun di SPRN
  • Selesai proses pendaftaran, Log Masuk ke SPRN
  • Pilih Skim Perumahan mengikut kelayakan
  • Lengkapkan maklumat permohonan yang diperlukan
  • Pilih Projek mengikut lokasi yang anda inginkan (lokasi adalah bergantung dengan ketetapan pihak pemaju dan kerajaan mengikut negeri masing-masing)
  • Muat naik dokumen sokongan yang diperlukan
  • Maklumat yang lengkap serta dokumen sokongan yang telah dimuat naik, pengesahan boleh dibuat dengan menghantar permohonan.
*Semua permohonan adalah melalui online. Permohonan secara manual tidak diterima.

Untuk Memohon, KLIK DI SINI

Langkah-langkah Memohon

Dengan adanya sistem SPRN yang ditubuhkan oleh pihak Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan ini, semestinya urusan permohonan dalam pemilikan rumah mampu milik mudah dilaksanakan dan seterusnya dapat meringankan beban kos yang ditanggung oleh rakyat dalam pembelian rumah.

Semoga urusan permohonan anda dipermudahkan.

PENAFIAN:
  • Bahan yang admin kongsikan merupakan rujukan artikel sahaja. e-semasa tiada sebarang kaitan dengan agensi kerajaan ataupun mana-mana syarikat yang amat berkaitan dengannya. Segala rujukan hanyalah berpandukan sumber rasmi yang sahih saja.