Cara Berwudhu Secara Tertib
Islam mentafsirkan Wudhu' dari segi bahasa sebagai sesuatu perbuatan menggunakan air pada anggota-anggota badan yang tertentu di mana sifat air yang digunakan seharusnya air yang suci seperti air mutlak dan sebagainya. Wudhu' adalah perkara yang amat penting dan perlu difahami sepenuhnya oleh setiap penganut agama Islam.
Wudhu' sangatlah penting kerana mengikut hukum syara', setiap ibadah solat sama ada solat lima waktu ataupun solat sunat tidak sah atas sebab syarat utama apabila seseorang muslim itu hendak menunaikan solat adalah dirinya perlu dalam keadaan berwudhu'. Begitu juga apabila hendak menyentuh kitab suci Al-Quran iaitu wudhu' kena dilaksanakan terlebih dahulu.
Ringkasan mengenai hukum Wudhu' adalah seperti yang berikut:
Wajib
- Apabila hendak melaksanakan ibadah-ibadah tertentu yang dimulakan dengan niat seperti solat fardhu lima waktu dan menyentuh Al-Quran
- Ketika hendak bertawaf mengelilingi Ka'bah (tawaf fardhu & sunat)
Sunat
- Melaungkan azan
- Beriktikaf di dalam masjid
- Sebelum tidur
- Sebelum menunaikan mandi wajib
- Mengusung jenazah
- Ketika hendak membaca Al-Quran & hadis
- Berwudhu' semula walaupun wudhu' yang asal belum terbatal
Wudhu' mempunyai langkah-langkahnya yang tersendiri dan pelaksanaannya perlu dilakukan mengikut turutan langkah yang telah ditetapkan. Oleh sebab itu, artikel ini akan berkongsikan cara melaksanakan Wudhu' dengan mengikut tertib.
Cara-cara Berwudhu'
Untuk pengetahuan, cara berwudhu' terbahagi kepada dua iaitu berwudhu' dengan hanya melaksanakan langkah-langkah yang wajib dan berwudhu' dengan melibatkan langkah wajib bersama dengan semua langkah-langkah yang dikatakan adalah sunat jika dilaksanakan.
Pelaksanaan Langkah Berwudhu' Yang Wajib Sahaja
- Membaca niat wudhu
*Niat wudhu' boleh dibaca mengikut bahasa masing-masing.
*Bacaan niat wudhu' boleh dilafazkan ataupun hanya di dalam hati
- Setelah berniat, basuh muka sebanyak tiga (3) kali. Bahagian muka yang wajib dalam basuhan adalah dari tempat tumbuh rambut di bahagian atas hinggalah kedua-dua tulang dagu sebelah bawah manakala batasan lintangannya adalah dari persebalahan anak telinga ke anak telinga yang lain
- Membasuh kedua-dua tangan dari keselurahn anggota tangan sehinggalah ke bahagian siku sebanyak tiga (3) kali. Individu yang tiada siku disunatkan membasuh sehingga ke hujung anggota badan yang ada
- Menyapu sedikit bahagian kepala sebanyak tiga (3) kali. Bahagian yang boleh disapu ialah ubun-ubun ataupun bahagian rambut yang ada di dalam had kawasan kepala.
- Membasuh kedua-dua kaki iaitu keseluruhan anggota kaki sehinggalah ke bahagian buku lali sebanyak tiga (3) kali.
- Tertib iaitu perbuatan pertama sehinggalah terakhir mengikut aturan yang betul.
Pelaksanaan Langkah Berwudhu' Wajib dengan Sunat
- Membaca niat wudhu
*Niat wudhu' boleh dibaca mengikut bahasa masing-masing.
*Bacaan niat wudhu' boleh dilafazkan ataupun hanya di dalam hati
- Bersihkan kedua-dua tapak tangan sebanyak tiga (3) kali*
- Berkumur-kumur sebanyak tiga (3) kali*
- Membersihkan hidung dengan memasukkan air ke dalam hidung dan menghembuskannya keluar semula sebanyak tiga (3) kali*
- Basuh muka sebanyak tiga (3) kali. Bahagian muka yang wajib dalam basuhan adalah dari tempat tumbuh rambut di bahagian atas hinggalah kedua-dua tulang dagu sebelah bawah manakala batasan lintangannya adalah dari persebalahan anak telinga ke anak telinga yang lain
- Membasuh kedua-dua tangan dari keselurahn anggota tangan sehinggalah ke bahagian siku sebanyak tiga (3) kali. Individu yang tiada siku disunatkan membasuh sehingga ke hujung anggota badan yang ada
- Menyapu sedikit bahagian kepala sebanyak tiga (3) kali. Bahagian yang boleh disapu ialah ubun-ubun ataupun bahagian rambut yang ada di dalam had kawasan kepala.
- Membasuh kedua-dua telinga sebanyak tiga (3) kali*
- Membasuh kedua-dua kaki iaitu keseluruhan anggota kaki sehinggalah ke bahagian buku lali sebanyak tiga (3) kali.
- Tertib iaitu perbuatan pertama sehinggalah terakhir mengikut aturan yang betul.
- Membaca doa selepas berwudhu'*
Langkah yang bertanda * adalah langkah sunat dalam berwudhhu'
*Bacaan doa wudhu' boleh dilakukan mengikut bahasa masing-masing
Hikmah berwudhu' semestinya adalah setiap masa dalam tempoh waktu yang tertentu anggota-anggota badan kita yang sering terdedah dengan kotoran luar senantiasa akan terjaga kebersihannya atas sebab pelaksanaanya menggunakan air suci dan bersih seperti air mutlak.
Selain itu, kita juga akan sentiasa merasa bersih dan selesa semasa hendak menunaikan ibadah seperti solat fardhu lima waktu, memegang kitab suci Al-Quran dan sebagainya.
Semoga segala perkongsian yang terdapat dalam cara berwudhu' ini dapat memberi manfaat kepada pembaca semua.
Sumber: Therohani